Ahad, 31 Julai 2016

Santai Sabtu - Hot Choco

Kebelakangan ni cuaca asyik hujan. Syukur sebab tak perlu saya siram bunga lagi. Lepas tu udara pun sejuk sahaja. Best kalau tidur.

Petang kelmarin pun sama juga hujan. Hajat nak pergi survey harga desktop, tapi macam malas la pula. Terasa nak makan makanan berkuah dan panas. Jadi pergi ke Suria Sabah dan makan Japanese Shabu-Shabu di Natural Kitchen. Kepada yang sukakan makanan sihat, saya cadangkan anda untuk ke restoran ini. Tiada minyak, semuanya sup (style steamboat).

Oh ya. Sekarang ni tengah craving for hot chocolate. Walaupun saya tak minat makan chocolate bar, tapi saya suka minum hot chocolate (kek coklat dan susu coklat tak terkecuali. Pelik kan?). Tiga hari berturut-turut minum hot chocolate + cream, venti. Hari ni rasa nak minum lagi... tapi tahan dulu nafsu tu. Tahan... tahan... Nasib baik la malas nak keluar rumah sebab hujan. 

Saya pun tak tau, tapi sesiapa yang perasan... minuman kat Starbucks tu buat kita ketagih kan? Dulu saya suka minum ice blended green tea + less sweet + cream + caramel. Macam setiap hari nak minum benda alah tu. Lagipun 1Borneo tu bukannya jauh dari office. Senang la nak pergi. Lepas tu... stop dulu. Alasan... Tak boleh minum banyak sangat minuman bergula. Sekarang ni start dari hantar Tun ke airport hari tu, tiba-tiba tekak terasa nak minum hot chocolate. Dahlah tak makan lagi. Jadi pergi beli Starbucks di airport KKIA. Then... nah! Esok rasa nak minum lagi. Lagipun, saya suka topup kad banyak sekaligus. Rugi pula kalau tak digunakan. 

Hot choco, sedap minum time cuaca sejuk. Hehe...


Shabu-Shabu.
-
-
-
-
-
-
Three days addicted diakhiri dengan Starbucks Suria Sabah. 


Sebelum tu... hari kedua bantai kat Starbucks Oceanus

First day beli kat Starbucks KKIA
-
-
-
-
-
-
-
Watashi wa no cards. The older one yang sebelah atas (keluaran 2013). Yang sebelah bawah ni kad baharu (keluaran 2015). 

Another one.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!