Isnin, 11 Julai 2016

Santai Malam

Hari ni dah start masuk office tapi orang tak ramai yang datang kerja lagi. Masih bercuti sakan kat kampung. Mood nak buat kerja pun tak sampai lagi. Saya seperti biasalah. Tiap tahun benda sama. Jangan bercuti masa orang lain tengah bercuti. Cutilah masa yang lain dah masuk kerja. Ngehehehe...

Malam ni teringin nak lepak kat jeti. Turun dari kereta saja dah rasa happy semacam. Bukan apa... bau laut tu yang bikin happy. Harum. Lepas tu duduk kat kerusi malas sambil hirup udara segar dan baca buku yang saya baru beli siang tadi. Cat Care Essentials. Kebetulan ada diskaun. Jadi belilah. Seronok tengok gambar-gambar kucing. 

Rindu dengan Si Hitam. ^^♡ Sedap peluk badan gebu dia. 

Malam ni banyak dapat ikan kecil. Ikan pisang-pisang, ikan putih etc. Time menunggu ikan nak makan umpan tu, best makan maggi. Tambah lagi denga angin bertiup dingin dan bunyi laut. Rindu nak balik Labuan. Bulan ni tak sempat lagi nak bertemu hajat. InShaaAllah sebelum September ni la. Lepas tu kalau ikut kalender dah start sibuk. 

Ramadhan and after... betul-betul beri kesan kepada saya. Bukan kesan negatif. Tetapi lebih kepada memberi inspirasi. Mungkin juga sebab umur dah makin naik. Jadi fikiran pun dah makin matang. Saya sangat rindu Ramadhan kali ni. Dan saya tak dapat lupakan keajaiban yang saya lihat. Beberapa kali. Saya akan ceritakan di post yang selanjutnya. InShaaAllah.

Banyak benda lagi saya nak cerita. Saya tak akan berhenti menaip blog. Bila masa saya mendapat ilham, saya akan terus tulis. Walaupun blog saya taklah famos, tapi saya rasa puas jika apa yang ada dalam fikiran saya dapat diceritakan. :-)

Dapat hadiah baju gambar kucing sebab mereka tahu saya sukakan kucing.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!