Sabtu, 16 Julai 2016

Resepi Sayur Paling Ringkas dan Sihat

Nak makanan yang paling simple, sihat dan sesuai untuk vegetarian? Cubalah resepi ini.

Dalam gambar di bawah saya masak dua resepi berlainan. Oleh itu saya bahagikan ikut kategori:

A. Resepi Brokoli Panggang
Bahan-bahan:
  • Brokoli yang dipotong kecil
  • Secubit garam
  • Sedikit serbuk lada putih
  • Sedikit minyak zaitun

Cara-caranya:
  • Tuangkan minyak zaitun ke dalam kuali (non stick) dan biarkan hingga panas
  • Masukkan brokoli dan panggang sehingga berwarna hijau tua dan sedikit keperangan.
  • Angkat brokoli yang telah masak. Jangan lupa taburkan garam dan serbuk lada putih untuk sedikit rasa.

B. Resepi sayur bok choy bersama tauhu sos tiram
Bahan-bahan:
  • Sayur bok choy yang dibelah dua
  • Dua sudu makan sos tiram
  • Setengah cawan kecil air
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk lada hitam

Cara-caranya:
  • Celur sayur bok choy di dalam air mendidih selama dua minit.. kemudian toskan.
  • Susunkan bok choy di dalam pinggan.
  • Untuk kuah, masak sos tiram dan tuangkan sedikit air untuk mengelakkan terlalu pekat. 
  • Masukkan tauhu, sedikit garam dan serbuk lada hitam.
  • Kuah boleh dicurahkan di atas sayur atau berasingan.


Sedap dimakan ketika masih panas dan rangup

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!