Sabtu, 9 Julai 2016

Resepi Sayur Batang Keladi Masak Lemak Ikan Masin

Bahan-bahan:
  • Sayur batang keladi
  • Sedikit udang kering
  • Sedikit belacan
  • 1 cawan air santan
  • 1 ekor ikan masin saiz sederhana
  • 1 ulas bawang merah yang dipotong
  • 3 ulas bawang putih yang dipotong
  • 4 cawan air
  • Secubit serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 sudu teh gula pasir (optional)
  • Secukup Rasa (Optional)

Cara-caranya:
  • Masukkan udang kering, bawang, belacan bersama 4 cawan air. Tunggu sehingga mendidih.
  • Kemudian masukkan santan.
  • Masukkan serbuk kunyit, garam dan secukup rasa. Saya juga suka masukkan sedikit gula pasir untuk penambah perisa. Jangan banyak sangat. Nanti manis!
  • Masukkan ikan masin.
  • Akhir sekali masukkan sayur daun keladi. 
  • Didihkan dan bila bau dah naik dan kuah nampak sedikit pekat, tutupkan api.  
  • Siap untuk dihidangkan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!