Selasa, 19 Julai 2016

Resepi Mudah Kailan dengan Kuah Sos Tiram (Makanan Sihat)

Bahan-bahannya:
  • Sayur kailan
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 1/4 cawan kecil air
  • Secubit garam
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • Secubit serbuk lada hitam

Cara-caranya:
  • Celurkan sayur kailan di dalam air mendidih. Toskan dan susunkan ke dalam pinggan.
  • Untuk kuah sos tiram, mula-mula bancuhkan sos tiram bersama 1/4 cawan kecil air. 
  • Kemudian masukkan gula pasir, serbuk lada hitam dan sedikit garam.
  • Didihkan sos tersebut. Untuk menjadikannya pekat, bancuh tepung jagung bersama air dan tuang ke dalam kuah sos tiram tersebut.
  • Setelah mendidih dan nampak pekat, tutupkan api.
  • Curahkan kuah ke atas kailan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!