Ahad, 10 Julai 2016

Pengalaman Mistik / Nampak Hantu - Part 8

Alhamdulillah sepanjang bulan Ramadhan yang lalu, terasa begitu aman dan tak ternampak apa-apa 'benda' yang tak baik. Fikiran pun tenang. Mungkin kerana 'benda-benda' tersebut dah diikat sepanjang bulan yang mulia itu.

Sekarang dah masuk bulan Syawal. Keriangan menyambut Hari Raya Aidilfitri masih terasa. Tahun ni saya dan Hafiz beraya di Penang. Raya ketiga tu, kami pergi jalan-jalan di sekitar Georgetown. Maklumlah... banyak tempat tak dilawat lagi... terutama muzium yang begitu banyak di sekitar Pulau Pinang. Ada Penang 3D Trick Art Museum, Wonderfood Museum Penang, IBox Glass Museum, Ghost Museum Penang dan macam-macam lagi.

Tak sempat nak lawat semua dalam masa satu hari. Tekak pun dah haus... teringin nak makan ais kacang. Sebelum singgah di medan selera kat Padang Kota tu, sempat singgah ke Fort Conrwallis

Masa round di sekitar sana, ada satu area dalam tu yang kiranya macam tempat prisoner la. Rasa tak nak masuk sampai ke dalam sebab agak suram. Lepas tu sempat singgah tempat simpan magazine senjata. Masa saya masuk ke dalam tu, terus saya minta Hafiz keluar. Tak pasti kalau orang lain ada rasa lain macam atau tak. Tapi bila saya masuk, rasa tak senang.

Esoknya dah balik ke Sabah. Saya tidur dalam jam 12 lebih. Seperti biasa, saya akan mencuci kaki dan membaca ayat suci sebelum tidur.

Bermimpi pelik - Dalam mimpi tu ada beberapa ekor pontianak a.k.a Che Pon (rasanya dalam dua ekor la kot) datang mengacau saya di dalam rumah. Terbang ke sana ke mari. Asyik nak menyentuh saya. Saya baca ayat suci Al-Quran. Asal mereka nak sentuh, saya akan membaca ayat suci sambil jari tunjuk ke arah mereka. Seketika tu terus senyap.... Mereka hilang dari pandangan. Tapi saya rasa mereka masih ada di dalam rumah tu. 

Tiba-tiba satu ekor Che Pon terbang kat luar tingkap. Nak masuk tapi saya tak bagi. Saya terus baca ayat suci. Jadi 'benda' tu stay kat luar sahajalah. Saya boleh describe muka dia. 'Benda' tu pakai baju putih kain panjang. Mukanya pucat (putih kebiruan). Matanya besar bulat menampakkan mata putih. Tak berkelip. Gigi taring dia punyalah panjang dan bersih. Dia tunjukkan gigi dia kepada saya. Rambutnya tak panjang sangat dan nampak kasar (macam orang rambut rosak). 'Benda' tu duduk tercegat kat tingkap.

Lepas tu... saya rasa antara saya betul-betul sedar atau tak. Mata saya hanya terbuka sedikit. Dalam keadaan tu, saya nampak ada sesuatu terbang di hadapan saya. Nampak seperti bayang-bayang kain. Kalau tak silap, ianya hujung kain. Seperti dah terkoyak. Dalam keadaan saya macam tu, saya boleh lagi terfikir sama ada saya ni mimpi atau betul. Saya terus baca ayat Kursi tapi mulut susah nak terbuka. Tapi saya teruskan juga baca. Tak lama lepas tu saya tersedar dan dapat buka mata sepenuhnya. Saya tengok sekeliling dan tiada apa-apa yang ganjil di dalam bilik tu.

Pagi tu saya tanya kat kawan saya apa yang berlaku. (Kawan saya ni ada sixth sense). Saya tanya sama ada mimpi saya tu sekadar mimpi atau ada benda lain terjadi. Dia kata memang 'benda' tu ada kat rumah. Rupanya ikut dari Penang. Dari Fort Cornwallis. 

Kenapa 'benda' tu ikut saya? Kawan saya kata sebab Che Pon tu nak try untuk takutkan kerana dia sukakan semangat saya. Saya lukiskan muka Che Pon yang tercegat kat tingkap dalam mimpi saya. Maaflah kalau lukisan saya ni buruk.

Cara terbaik untuk menghalau 'benda' ini adalah rumah perlu 'dibersihkan'. Saya juga diminta untuk minum air putih yang dibacakan Al Fatihah sebanyak tujuh kali. Sebelum minum, selawat tiga kali terlebih dahulu. Lebihan air disapukan di ubun-ubun kepala.

P/S - Pengalaman berjumpa makhluk halus sama ada di dalam mimpi atau benar telah beberapa kali berlaku. Alhamdulillah setakat ini tiada apa yang buruk terjadi. Saya menceritakan pengalaman saya untuk perkongsian sahaja. Semoga Allah menjauhkan kita dari perkara-perkara yang tidak baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!