Rabu, 13 Julai 2016

Panggilan "Bae". Apa itu BAE?

Sekarang ni macam-macam panggilan mesra untuk pasangan masing-masing. Salah satunya Bae (cara sebutan 'bay'). Sebelum tu.... apakah yang dimaksudkan dengan Bae? Okay ke panggil pasangan dengan perkataan ni?

BAE
Bae adalah istilah panggilan mesra sama seperti 'Baby', 'B' atau 'Boo'. Biasanya untuk boyfriend atau girlfriend la. Perkataan 'Bae' dah lama digunakan, semenjak tahun 1500s lagi tetapi merujuk kepada bunyi kambing biri-biri. Sekarang perkataan ni dah digunakan untuk makna yang lebih luas. Contohnya apabila menggambarkan makanan tu sedap atau bagus "this cake is bae". Perkataan ni juga diterapkan dalam lagu-lagu R&B dan Hip Hop. Satu contoh yang telah mencetuskan populariti Bae ialah menerusi single Pharrell William "Come Get It Bae". (Sumber time.com)

Boleh ke panggil kekasih dengan panggilan ni?
Boleh saja. Nak panggil apapun ikut suka hati masing-masing.

Kenapa sesetengah orang tak nak guna perkataan Bae?

  • Dalam bahasa Danish (Bahasa German Utara - Denmark, Greenland etc), bae bermaksud 'poop' a.k.a najis.


-
-
-
-
-
-

  • Mainstream language? Orang dewasa atau senior citizen mungkin tak berapa happy dengan perkataan ni. Kenapa? Contohnya ada sekali tu, my boss (umur dah 70 tahun) tak boleh dengar atau tengok perkataan lol, krik-krik, kipidap semua tu. Mereka tak faham!

-
-
-
-
-
-
-

  • Bae juga adalah singkatan untuk perkataan 'Baby'. Oleh kerana malas nak sebut, orang singkatkan jadi bae. Moral di sini, jangan jadi malas nak menyebut.
-
-
-
-
-
-
-
-
  • Perkataan seperti sweetheart, my love, honey, darling, abang, ayang, dah outdated sangat kot

  • Its an irony! Jangan terlalu serious sangat la guna perkataan ni.

P/S - Walau bagaimanapun, mana-manalah. Kalau rasa nak panggil bae ke... babe ke,,, apa-apa ke, ikut sukahati. Yang penting korang happy. 
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Cerita lain tapi topik lebih kurang sama. Sedikit pandangan amatur saya....
Trends sometimes can damage our culture. Generasi Y (especially) dah terlalu banyak pendedahan. Honestly saya agak terkejut bila melihat budak-budak yang masih sekolah rendah boleh tengok aksi ganas (scene bunuh) dalam Youtube dengan selambanya. Mereka seolah-olah tiada rasa takut.

Watak Spiderman, The Avengers sebagai idol? Not necessary. Hollywood is making profit, anak kita pula malas nak ke sekolah gara-gara nak jadi The Hulk. Saya tak kata filem begini tak patut ditayangkan. Saya pun minat tengok cerita Hollywood, Kunci di sini... jangan terlalu fanatik. Parents pun kena tau bagaimana untuk mengawal aktiviti anak-anak.

Kpop, menjadi kegilaan anak muda sekarang. Semua Korea, nak Korean look, nak fesyen Korea, boyfriend orang Korea, nak style Korea etc. Tidak! Saya tak salahkan orang Korea. Sekali lagi, kita jangan terlalu fanatik. Asyik semua nak Korea, belum tau orang Korea tu nak kat kita. Baca kat sini kalau nak tau apa erti sebenar lagu Big Bang "Bae Bae". Sedikit fakta, rakyat Korea Selatan adalah yang paling ramai melakukan pembedahan plastik. Jangan confuse dengan penampilan mereka yang ala-ala anime ya.


Korean plastic surgery

Korean wannabe. Xiahn Nishi. Dari Brazil. Inilah akibatnya jika terlalu fanatik


Errr.... lihat sahaja Baju Melayu zaman sekarang? Baju Melayu hipster? Baju Melayu sado? Mungkin ada yang minat dengan fesyen begini, tapi some things kita tak patut ubah la. Jom baca sejarah Baju Melayu.

Bukankah Baju Melayu begini kelihatan lebih segak?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!