Khamis, 30 Jun 2016

Not So in 'Raya Mood'

Tahun ni betul-betul tak ada mood nak beraya. Entah kenapa saya pun tak tau. Mungkin sebab dah dewasa kot. Tak ada dah dapat angpow (sebenarnya ada juga tapi ramai yang bagi), tak ada dah main bunga api lagi... pas tu... kawan-kawan pun semua dah besar, masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Yalah... kalau dulu main mercun la, balik kampung hati gembira sebab angpow mari... pergi ziarah kubur... pergi rumah saudara mara lagi. Tahun ni saya beraya di Penang. So... erhmm. .. confirm tak beraya di kampung sendiri. Walau bagaimanapun, kalau ada peluang ingat nak pergi jalan-jalan ke Perlis atau Kedah. Seronok juga.

Kebiasaannya orang akan amik cuti panjang kalau di musim raya ni. Kebiasaan bagi saya pula, memang sebaliknya la. Dua tahun berturut-turut tak amik cuti, sepatutnya tahun ni saya bercuti panjang. Tapi tak juga! Itulah saya kata tadi, tak ada mood raya. Baik masuk office dari cuti. Orang tak ramai time tu. Kerja pun kurang sibuk. Bukan apa, feeling raya dah kurang. Mungkin sebab faktor-faktor tadi la....

Tahun ni pun langsung tak buat kuih raya. Punyalah pemalas. Tahun lepas ada buat tiga jenis, tapi tak juga habis dimakan. Haaa... tu la pasal tahun ni tak buat. Akhirnya kuih tunjuk sahajalah jadi sasaran. Beli yang pek kecil, susun dalam, susun baik-baik dalam bekas. Yang lain-lain tu beli kacang, asam dan gula-gula. Lagi ramai yang nak makan. Sekarang ni lagi mood Ramadhan sebenarnya. Bukan sebab nak singgah bazaar, tapi lebih menghayati kepada bulan Ramadhan itu sendiri.

Still dapat kad raya lagi. Boleh gantung kat office. Kalau dulu-dulu ingat lagi.. kena gantung kat rumah

Hiasan Raya di office tahun ni

Di bulan Ramadhan ni memang makan kat rumah sahaja. Ni la satu-satunya menu makan kat luar. Teringin makan Kenny Roger's

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!