Ahad, 10 Julai 2016

Mi Goreng Sambal Sotong dan Ais Kacang di Padang Kota Lama, Penang

Pergi Penang tak sah kalau tak cuba makanan yang pelbagai jenis. Pasembur ada... kerang bakar... laksa Penang... char kue tiaw... mi udang... jeruk Pak Ali... macam-macam ada no...

Salah satu tempat paling bagui kalau makan adalah di Padang Kota Lama. Di sana ada medan selera dan semestinya menghidangkan masakan yang enak belaka. Kat area Fort Cornwallis tu ada satu lagi medan selera. Anda kena try juga mi goreng sambal sotong di gerai Hameed. Rugi tak cuba. Baunya harum semerbak, rasanya yang pedas manis sedap memang tak boleh tahan la. Lagipun dijual dengan harga yang berpatutan. Gerai Hameed ni memang famos dan selalu ramai orang. Orang berbaris panjang semata-mata nak order masakan special di sana.

Lagi satu, kalau tengah panas terik ni best makan ais kacang. Kat sebelah gerai Hameed tu, ada gerai Jalil. Ais kacang kena cuba. Simple tapi enak. Tak terlalu manis. Harga semangkuk hanya RM4 sahaja. Berbeza dengan ABC yang terlalu banyak campuran, ais kacang gerai Jalil pula just nice tapi itulah yang terbaik. I enjoyed it so much.

Antara negeri yang paling saya suka adalah Penang. Banyak tempat pelancongan, bandar yang indah serta makanan yang super delicious!

Mai ke Penang!

Mi goreng sambal sotong. Perah ngan limau lagi sedap

Ais kacang. Sedappp!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!