Selasa, 26 Julai 2016

Mengatasi Masalah Gatal di Celah Paha Akibat Ruam

Bukan sahaja bayi atau kanak-kanak yang boleh mendapat ruam, orang dewasa juga boleh mengalami keadaan yang sama. Lebih-lebih jika ruam tersebut berada di celah paha atau kawasan. Saya kongsikan beberapa tips untuk mengatasi dan mengelakkan ruam.

1. Pemilihan underpants
Elakkan memakai underpants yang ketat atau tidak menyerap peluh. Underpants yang diperbuat daripada kain cotton adalah pilihan terbaik.


2. Kerap tukar pad atau pantyliner
Untuk mengelakkan ruam berlaku, tukarlah pad dengan kerap. Penggunaan pad yang lama dalam satu masa bukan sahaja menjadikan ruam dan gatal, malah tidak baik untuk kesihatan.


3. Tisu atau tuala untuk elakkan lembap
Selesai sahaja dari tandas, jangan lupa untuk keringkan celah paha menggunakan tisu atau tuala. Keadaan yang lembap boleh menyebabkan bakteria cepat membiak dan mengakibatkan gatal. Tukarlah underpants sekiranya perlu.



4. Krim nappy rash dan bedak talkum
Ruam boleh dikurangkan dengan menggunakan nappy rash cream atau bedak. Sebaiknya selepas mandi, sapukan krim dan bedak di bahagian yang gatal. Krim nappy rash juga available untuk orang dewasa.



5. Krim sapu untuk gatal
Kalau tak kurang juga, sapukan krim untuk mengurangkan gatal seperti Betnovate cream. Walaubagaimanapun penggunaan ubat seperti ini perlulah berhati-hati dan dikawal.


6. Keselesaan di waktu malam
Masa nak tidur tu, tak perlulah pakai underpants. Oopss! Maksudnya... kalau dah pakai seluar, tak perlulah pakai underpants lagi. Untuk pengudaraan dan keselesaan diri.


7. Kebersihan diri
Apa-apa pun, kebersihan adalah amat penting. Jangan malas mandi atau menyucikan diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!