Rabu, 27 Julai 2016

Masih Cinta Makanan

Berat badan dah banyak berkurang jika dibandingkan dengan dulu. Bila dikira balik... dah 10KG berkurang! Baju time bujang pun muat balik. Punyalah senang hati. Walau apa pun, saya masih suka makan. Cuma cara pengambilan makanan tu dah berbeza sikit. Maklumlah... sekarang ni dah lebih 'go green'...

Hasrat untuk menjadi seorang vegetarian masih tak tercapai lagi. Yalah... sometimes tengok ayam goreng tu bukan main punya sedap. Ditambah lagi kalau bertandang ke rumah orang... kena hidang daging la apa la. Kalau tak makan, kang kecik hati pula. Tu la faktor yang menyebabkan susah nak jadi vegetarian. Sekarang ni masih di tahap flexitarian. But eat more legumes, less meat, maintain 'em seafood.

My routine? Masih makan nasi putih tapi bukan hari-hari. Setiap pagi akan minum hot green tea. Banyakkan minum air putih. Kerap makan tapi dalam kuantiti sedikit. Kalau order minum kat luar... 'tea o ais KURANG MANIS'. Makan sebelum kenyang. Kalau nak kunyah snek pun tak ada masalah tapi janganlah terlebih pula. Coke? Masih ambil but of course zero sugar. -_- (Susah nak stop yang tu). Buat light exercise + banyakkan pergerakan ketika di pejabat + rajin buat kerja rumah. 

Pet peeve. Udang yang boleh menyebabkan kolesterol, jerawat naik dan alahan. Oh no.... susah nak tinggalkan seafood. 

Japanese food adalah antara makanan kegemaran saya. Unagi yaki, hamaguri soup, shabu-shabu, teppanyaki... itadakimasu! Makanan jepun juga kurang berminyak, kurang kalori (banding makanan lain) dan dihidangkan dalam kuantiti yang sedikit tapi tetap mengenyangkan. 

Go green.... maksudnya lebihkan sayur. Nasi goreng pun jadi nasi goreng sayur. Minyak untuk pakai goreng sangat sedikit dan saya menggunakan sunflower oil (omega + kurang kolesterol). Gunakan kuali non stick adalah yang terbaik. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!