Khamis, 7 Julai 2016

Masakan Anak Perantau

5hb Julai 2016... dah ramai yang balik kampung. UMS sangat sunyi. Antara individu last yang masih datang kerja termasuklah saya. Walaupun orang dah ramai bercuti, saya masih bersemangat buat kerja kat pejabat. Siap kena buat tugas urgent lagi. Bila dah siap baru senang hati.

Sebenarnya kami ada buat aktiviti memasak. Khas untuk sesiapa yang tak balik kampung a.k.a beraya di perantauan. Chef cook adalah Prof. Ahli Jawatankuasa masing-masing ada tugas. Saya punya tugas bahagian order daging (+ hantar daging). Order daging 40KG dengan Datuk Yap, buat masak Rendang Tok.

Nasib baik raya jatuh pada 6hb Julai. Bayangkan kalau 5hb tu Raya, memang memasak time raya la. Apa yang best tentang memasak kali ni, buat kat tepi laut. Dengan anginnya yang sepoi bahasa, pas tu duduk bawah rimbunan pohon kelapa lagi... memang best la. Bakar lemang, masak rendang... ada rebus ketupat juga. 

Tapi kan... tengah memasak semua tu... ramai pula pelancong datang. Dari Korea, Hong Kong, China... siap kena amik gambar bagai lagi. Dah macam kerja kat rumah kebudayaan pula. :-b HaHaHa. 

Apa-apapun, pre-raya tahun ni memang havoc!







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!