Khamis, 7 Julai 2016

Lebaran 2016 (Mood Minus Ntah Kenapa)

Tahun ni saya beraya di kampung Hafiz kat Penang. Jadi... erhhmmm... tarikh tiket kapal terbang memang amik masa raya pertama. Rupa-rupanya raya pertama tu la ramai orang balik kampung. Ingatkan dah balik sebelum raya lagi (ataupun dah tak ada tiket, terpaksa balik raya pertama kot). 

Oleh kerana kekurangan mood raya dari tahun ke tahun... lebih-lebih lagi tahun ni... ntah, rasa macam tak nak pakai baju kurung pula. Orang lain siap pakai baju melayu dan kain sampin lagi. Ntah apa yang melanda saya sampai malas betul nak pakai baju raya. Lagipun penerbangan kami time tengahari. Sampai Penang dah petang. Malam dah nak tidur. -_- (betapa malasnya otak nak fikir pasal raya). Alahai.... Yna... Yna! Kenapalah.

Apa-apapun, Aidilfitri tetap diraikan juga. Masa raya kedua tu baru pakai baju kurung (yang my mum buatkan untuk saya ^^). Aaaa... ni lagi. Tahun ni warna baju kurung semua warna tanah + metal. My mum dah bising dah apasal warna kurang meriah... alasan saya... tahun ni kurang mood beraya. Yna! What happen to you?! Heiiiyaaaaaiii....

Walaubagaimanapun, raya kedua meriah. Sampai ke malam dok beraya kat rumah sanak saudara. Pas tu ada sesi bersalam-salaman lagi ngan ahli keluarga. + sesi fotografi keluarga. Meriah! Seronok. Macam beraya kat kampung sendiri juga. Cuma sejak dah kahwin ni, angpow memang kureng la. Ada dapat sikit-sikit sahaja...
Raya ketiga? Pergi jalan-jalan round Penang. Go to the next post.

Raya pertama. Baru sampai airport Penang


Sebelum tu sempat selfie masa di KKIA1.
-
-
-
-
-
-

Raya kedua + baju kurung yang mum buatkan. Hooraaayy!

Haaaa... ni my favorite. Manisan agar-agar. Ni orang lama saja yang tau buat ni. Sekarang susah dah nak jumpa manisan ni.

Raya kedua, selfie with Hafiz
-
-
-
-
-
Raya ketiga... bergambar bersama kawaii neko. (Mix marble Bengal)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!