Sabtu, 23 Julai 2016

Lawatan ke Sekitar Tempat Pendakian Gunung Tambuyukon

Selain Gunung Kinabalu, para penggemar aktiviti lasak juga berpeluang mendaki Gunung Tambayukon, salah satu gunung yang terletak di kawasan banjaran Crocker. Ia juga merupakan gunung tertiga tertinggi di Sabah selain Gunung Kinabalu dan Gunung Trus Madi. Terdapat dua tempat untuk memulakan pendakian iaitu di Serinsim Substation, Kota Marudu ataupun di Monggis Substation, tidak jauh dari Poring. Gunung Tambayukon telah diwartakan sebagai tapak warisan dunia.

Selepas kami selesai mengadakan aktiviti rasmi bersama pihak Astro di Kampung Malinsau, Ranau, kami sempat singgah ke Monggis Substation yang terletak tidak jauh dari sana. Tujuan adalah untuk melawat sekitar tempat pendakian Gunung Tambayukon.

Ini adalah kali pertama saya ke sini. Bagaimana kami mengetahui tempat ini? Prof memang gemarkan aktiviti lasak terutama memandu pacuan empat roda dan mereka ada menubuhkan kumpulan 4 X 4. Selain membuat khidmat masyarakat, mereka juga suka mengembara dan meneroka tempat baharu. Secara tak langsung, bertemu di tempat ini. 

Oleh kerana Tun pun memang jenis sukakan alam semulajadi, adalah lebih baik bawa sekali melawat ke sini. Sangat berbaloi kerana suasananya nyaman dan tenang. Di sekitar substation ini juga ada air terjun yang cantik dan bersih. Sesuai untuk keluarga berkelah atau mengadakan aktiviti santai. 

Nak ke substation ni kena masuk ke dalam sikit. Nanti akan ada dua jalan kiri dan kanan. Sebelah kanan tu sebenarnya tempat penginapan tapi orang jarang pergi. Sebelah kiri adalah jalan ke tempat pendakian (ada lalu jambatan kecil lagi).

Walaupun lawatan kali ni tak lama sangat, tapi sangat berbaloi. :-)

Untuk maklumat lanjut bagi pendakian, boleh terus menghubungi Sabah Parks.

Dah nak sampai substation

Sekitar substation

Air terjun yang cantik dan bersih

Airnya juga bersih!


Saya tak ingat apa nama pokok ni, tapi pegawai kat sana beritahu pokok ini boleh menyedut besi. Cara extract besi tu ada rumit skit katanya. 
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Semasa nak balik ke Kota Kinabalu, sempat melihat keindahan matahari terbenam ini. :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!