Selasa, 19 Julai 2016

Review : Cadar Online

Sekarang banyak cadar dijual secara online. Search sahaja di dalam Facebook 'Cadar Online', berlambak list keluar. Ada cadar 3D, cadar patchwork, cadar cotton dan lain-lain. Oleh kerana designnya yang menarik, warna yang lebih cantik dan semestinya dijual dengan harga yang lebih murah, saya pun tak lepaskan peluang untuk membeli.

Saya amat berpuashati dengan kualiti cadar yang dibeli. Jika berminat hendak membeli cadar seperti ini, anda boleh melayari Facebook Cadar Patchwork. Satu set cadar dilengkapi dengan 2 sarung bantal, 2 sarung bantal peluk, sarung cadar dan comforter. Kualiti kain yang digunakan amat bagus, kurang kedutan dan sejuk. Apa yang ada di dalam gambar, itulah rupa cadar yang kita akan dapat nanti. Memang tak rugi beli.

Harga adalah mengikut jenis cadar. Untuk design seperti ini, harga ialah RM116+ sahaja, termasuk postage. Saya dapat harga lebih murah kerana membeli lebih dari dua set cadar (pakat ramai-ramai beli sekaligus). 

Katil saya sebenarnya Queen size, tapi saya beli cadar King size. Besar sikit tak apa.
Apa-apapun, saya puas hati dengan cadar online yang saya beli ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!