Sabtu, 9 Julai 2016

Karpet Baharu ♡

Dah lama teringin nak letak karpet di ruang tamu. Akhirnya tertunai juga impian selama ini. Sebenarnya nak amik karpet yang lebih gebu dan tebal tapi bila ingatkan cara nak membersih dan maintain karpet macam tu, tak jadi amik la. Lebih baik ambil yang sederhana sahaja.

Sekarang karpet dah ada pelbagai corak dan pilihan. Lagipun dah tak berat macam karpet zaman dulu. Senang nak angkat ke sana ke mari. Yalah. Kadang-kadang ada orang pasang karpet bila nak raya saja. Hari-hari biasa buka balik karpet tu.

Okay kalau nak cari kedai jual karpet di area Kota Kinabalu ni, boleh pergi ke Karamunsing Shopping Complex. Ada beberapa kedai karpet available di sana. Untuk harga karpet macam saya ni hanya RM159 sahaja. Teksturnya lembut, bersaiz sederhana, tak terlalu tebal dan selesa dipijak. Cukup untuk ruang tamu seperti di rumah saya. Saja amik warna yang lebih gelap supaya tak cepat kotor.

^^♡

Taaadaaa! Karpet baharu

Tekstur yang lembut dan selesa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!