Sabtu, 2 Julai 2016

Jus Bidara Syifa Kini di Kota Kinabalu

Sebelum ni dah pernah post berkenaan Gel Mandian Bidara Syifa. Saya masih menggunakan sabun tersebut sehingga sekarang (dah masuk 4 botol dan baru-baru ni ada beli 2 botol lagi untuk stok). Saya berkenan betul dengan sabun tu kerana wangiannya yang sesuai dengan saya.

Dalam post ni pula saya nak promote keluaran terbaharu iaitu Jus Bidara Syifa. Fungsinya sama seperti Sabun Bidara Syifa, cuma jus ini boleh diminum dan kepada yang ada 'sakit' akibat benda ghaib, InShaaAllah dengan mengamalkan jus ini... sakit tersebut akan lebih cepat sembuh. Biasa tak dengar kes-kes ada 'benda' tinggal di dalam tubuh? Jus Bidara Syifa mungkin boleh membantu.

Oleh kerana saya adalah pelanggan tetap Sabun Bidara Syifa, maka FOC untuk saya sebotol Jus Bidara Syifa. Kebetulan yang jual ni juga adalah kawan saya. Katanya rata-rata dia mendapat respon positif dari pelanggan. Mereka selalunya akan terus membeli produk ini. Pelanggan bukan sahaja terdiri dari penduduk Sabah malah di Semenanjung Malaysia turut bertanyakan produk ini. Memang ada pelbagai jenama yang menjual produk berasaskan daun bidara, Bidara Syifa tidak kurang hebatnya. 

Bagi saya pula, saya minum jus ini bukan kerana diganggu makhluk halus tetapi lebih kepada kesihatan dan tenaga seharian. Rasa jus ini enak, boleh diminum setiap pagi dan malam beserta sedikit bacaan ayat suci. Mudah-mudahan jus ini dapat membantu kehidupan seharian kita disamping terus berdoa kepada Allah yang Maha Esa.  

Kepada yang tinggal di Sabah, khususnya Kota Kinabalu... Jus Bidara Syifa kini boleh diperolehi dengan mudah. Untuk membeli atau sebarang maklumat lanjut, anda boleh WhatsApp terus dengan dealer area Kota Kinabalu, Encik Radi di talian 0128686798. Anda juga boleh buka Facebook Bidara Syifa Penawar Sihir - Sabah untuk sekiranya nakkan cara lain untuk berhubung. Harga sebotol untuk Sabah / Sarawak adalah RM38 sahaja. 

Perubatan alternatif kini semakin diterima oleh masyarakat umum. Jika ianya tidak terpesong dari ajaran, maka ianya selamat di sisi agama. Produk-produk ini hanyalah medium untuk membantu kita mengekalkan kesihatan, selebihnya adalah ketentuan Allah S.W.T.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!