Rabu, 20 Julai 2016

Jom ke Penang Fun-Filled Wax Museum!

Penang ada banyak muzium. Satu hari pun tak habis nak masuk semua muzium. Selain itu, Penang juga banyak muzium yang unik. Salah satunya ialah Fun-Filled Wax Museum yang terletak di M-Mall,Georgetown. Mall ini adalah mall baharu dan bersebelahan dengan Penang Times Square. Sedikit tambahan, M-Mall adalah sebuah shopping complex yang sangat unik. Masa masuk dalam tu, rasa macam bukan shopping complex pun ada. Decoration nya begitu menarik dan memang sah kena amik gambar di dalam tu.

Kepada yang tak pergi ke muzium tu lagi, saya syorkan untuk pergi. Walaupun tempatnya tak besar sangat, tapi dalam muzium tu mempamerkan banyak patung lilin seperti Bruce Lee, Steve Job, Tunku Abdul Rahman, Lady Gaga dan lain-lain. Rasa seperti berada di Madame Tussauds pun ada. 

Harga tiket masuk ke muzium ini ialah RM26.50 untuk dewasa pemegang MyKad. Muzium dibuka pada setiap hari bermula jam 10AM - 10PM. Nanti masa kat dalam tu, ada juga 'official photographer' akan ambil gambar kita. Lepas tu kalau nak beli gambar... boleh beli kat kaunter luar selepas keluar dari muzium. Satu gambar, RM25. Kalau beli lebih boleh dapat murah sikit. 

Untuk maklumat lanjut, boleh layari Facebook Fun-Filled Wax Museum.

Saya kongsi skit gambar semasa mengunjungi muzium ini.

Bruce Lee

Jackie Chan!











Ini paling best, Mr. Bean!


Ni kat tempat lain tapi masih di kawasan M-Mall. Muzium radio.

2 ulasan:

  1. salam. saya nak tanya, wax museum penang tu dalam bangunan m mall ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Ya. terletak di dalam bangunan shoping complex M Mall tu

      Padam

Terima kasih!