Rabu, 13 Julai 2016

J'aime Les Légumes

J'aime les légumes (sebutannya zhem le legum) bermaksud saya sukakan sayur-sayuran.

Ya! Saya suka makan sayur. Peria, bayam, taugeh, kubis.... tak ada yang terkecuali. Tiba-tiba pula teringat resepi cucur udang + daun bawang yang Tok goreng hari tu. Memang marvelous!

Okay. Sebenarnya terngiang dalam fikiran kerangupan sayur-sayuran. Itulah yang membuatkan saya nak makan sayur setiap hari. Makan nasi tanpa lauk, its okay. Tapi nasi tanpa sayur... oh no... tak boleh terima! Kenapa sayur? Sayur bukan sahaja baik untuk kesihatan, malah membuatkan kita sentiasa awet muda.


Oleh kerana nak feeling kerangupan tu, maka saya pun pergi bongkar sayur apa yang masih available untuk dimasak. Ahah! Brocolli. Celur selama 2 minit di dalam air mendidih, kemudian toskan. Taburkan sedikit garam, tuangkan minyak zaitun... dan siap dimakan bersama seafood tofu, timun, sos cili dan vegetarian mayonise. Done my dinner!

Actually tadi nak rebus kacang bendi sekali... tetapi kecewa sebab dah buruk. Lama sangat tinggal dalam peti ais kot. Maklumlah... hari th beraya kat Penang. Balik sini, dah buruk pula sayuran.

Oh ya. Cakap pasal buah-buahan pula... errr.... tak terlalu suka macam sayur. Ada yang terkecuali. Tapi all time favorite saya ialah jambu batu dan jambu air. Sedap di makan bersama serbuk asam @ hamoi atau kuah rojak buah. Memang minat makan ek? Cuma sekarang makanan dah makin sihat dah. 

P/S - Saya tak berdiet. Sekian.

Dinner

Supper. Jambu batu ♡_♡

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!