Ahad, 24 Julai 2016

Review : Kleenex Scented Tissue ♡

Kini saya beralih kepada tisu dengan wangian essential oil dari Kleenex. Ia bukan sahaja harum, malah tisu ini juga lembut dan sesuai kepada yang ada alahan habuk. (Hidung saya sensitif). Biasanya tisu yang kurang lembut akan menyebabkan alahan saya keluar. Tapi dengan Kleenex, tak ada masalah langsung.

Sekotak tisu mengandungi 74 helai dan setiap helai bersamaan dengan tiga lapis. Tisu ini tidak mudah koyak berbanding tisu yang hanya mempunyai dua lapis. Kleenex menawarkan dua jenis wangian buat masa ini iaitu rose dan cherry blossom. Kedua wangian menjadi kegemaran saya, tapi saya lebih menyukai wangian ros. 

Setiap set tisu mengandungi empat kotak dan boleh dibeli di mana-mana pasaraya berhampiran dengan harga serendah RM13. Kalau tak nak beli yang kotak pun boleh kerana tisu Kleenex juga available dalam bentuk paket.

♡♡♡



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!