Rabu, 20 Julai 2016

Fort Cornwallis, Padang Kota Lama, Pulau Pinang

Lepas sahaja dari muzium patung lilin, saya dan Hafiz singgah pula ke Padang Kota Lama. Sebenarnya hajat nak makan ais kacang terbest di Penang, tapi sebelum tu lebih baik singgah terus ke Fort Cornwallis yang terletak tak jauh dari gerai ais kacang tu (sebelah sahaja pun...)

Kota Cornwallis dibina pada tahun 18th century oleh British East India Company. Dinamakan sempena nama Charles Cornwallis, Governet-General of Bengal, India. Yang uniknya, kota yang indah ini tak pernah terlibat di dalam sebarang perang dari mula ia dibina sehinggalah kini. Untuk maklumat lanjut, anda boleh tengok kat dalam Wikipedia Fort Cornwallis. 

Bayaran masuk ke sini ialah RM10 bagi dewasa pemegang MyKad dan RM20 untuk pelancong antarabangsa. Sebenarnya bila masuk ke sini... tak ada apa yang dilihat. Tapi sejarah itulah yang paling bernilai sekali. Jangan lupa untuk tengok kelongsong bom mariam yang berada di sebelah atas Fort Cornwallis. Pemandangan laut Pulau Pinang juga boleh dilihat jelas dari sini.

Jika anda berhajat untuk melawat kota ini pada waktu tengahari, better bawa payung atau topi. Walau bagaimanapun, pokok yang rimbun dan hijau juga boleh melindungi anda dari panas matahari. Sekiranya terasa dahaga dan ingin terus lepak di dalam kota Cornwallis, tempat ini juga menyediakan cafe berhawa dingin. 
 Francis Light - the founder of Penang



 Tiba-tiba mesej masuk la pula. Kena reply on the spot







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!