Rabu, 20 Julai 2016

Cerita Pasal Jalan-Jalan

Kelmarin dan hari ni... baru merasa cuti after raya. Orang lain dah habis cuti dah... saya baru nak cuti. By the way, boleh la relax sikit kat rumah. Tu la banyak betul post blog hari ni. Tak ada apa nak dibuat. Kerja rumah pun dah selesai buat. Mesej kerja pun tak banyak masuk. Orang masih mood raya kot?

Hari ni dapat berita gembbbbirrraaa! Alhamdulillah.... rezeki. Teruja, excited semualah! Dan tentulah waktu tu akan menjadi teramat sibuk + over cergas fizikal dan mental. Semoga segalanya dipermudahkan ♡. Impian akhirnya menjadi kenyataan. Weehoo!

Tinggal sebulan lagi boleh enjoy sikit. Sebelum tercetusnya 'over cergas' nanti, sebelum tu kena jalan-jalan dulu. HaHa... tiket dah beli. Selepas insiden tak-jadi-ke-Bali melanda group 'Trip to Bali' kami, frust jugalah sebenarnya. Apa tidak... macam-macam benda dah prepare. Lepas tu dah plan nak pergi sini la... sana la... siap buat itinerary lagi. Tiba-tiba AirAsia announce dah tak buat flight BKI-BALI. Punya sedih! Dah la hotel book yang tepi pantai. Terbayang dah jalan-jalan di sekitar pantai Kuta, dengan flip-flop baharu sambil minum jus. Ciit! Nasib baik duit dah refund balik. Tu pun refund dalam kad kredit. Nak keluarkan duit dari kad kredit ni rugi! Interest besar. Jadi duit tu terperuk dalam tu saja la. Huh! -_-

Duit yang terperuk tu la yang dibuat beli tiket kali ni punya trip. Harap-harap tak batal lagi la. Kalau tak, mesti sedih... Tu ceta hujung bulan Ogos. Awal bulan Ogos ni, pergi tempat lain dulu. Dua trip dalam seminggu. By road tu yang best tu. :-) Tapi travel untuk kerja dan bercuti ni tak sama. Kalau kerja, kerjalah. Kena buat report lagi. Kalau cuti, report dalam blog sahajalah.

Kalau ikut, kelmarin saya dah fly ke KL. Tapi tiket banyak sold out. Yang ada pun, punyalah mahal (one way pun mahal gila). Syukur jugalah tak pergi. Boleh rehat kat rumah. Balik dari Keningau sebelum tu pun dah lewat. Kena hantar durian lagi dengan yang lain. Dah diamanahkan kena buat juga. Lagipun ramai peminat durian. Rugi tak merasa.

Oh ya. Rasanya ada tiket murah ke KL? Tapi bukan pada waktu ni la. Cuba cek untuk bulan Ogos. Teringin juga nak ke KL untuk berjalan-jalan (BUKAN KERJA). Nak bawa Hafiz jalan sebenarnya. Saya ni dua tahun belajar di Shah Alam, I-City pun saya tak pergi lagi. Kalau dapat pergi kali ni lagi best. Nak tengok lampu berwarna warni. ♡

Sebenarnya banyak lagi tempat yang belum saya kunjungi. Bila buka travel blog orang lain, dah pelbagai tempat mereka pergi. Spain, Oman, Africa, Greece etc. Seronok tengok negara orang. Jika ada rezeki, InShaaAllah akan pergi.

Okay. Nanti cerita lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!