Isnin, 11 Julai 2016

Cara Saya Menjaga Kulit Muka Berminyak, Kering dan Sensitif

Masih ingat lagi dulu pada suatu ketika punyalah banyak jerawat. Dah pelbagai cara digunakan tapi jerawat masih tak surut lagi. Akhirnya jerawat yang degil totally hilang dengan rawatan efektif. Nak baca kisah pengalaman muka berjerawat dan bagaimana saya mengatasinya, boleh klik link ini.



Sekarang muka saya dah tak banyak jerawat lagi. Kalau ada pun satu dua biji yang tumbuh. Syukur alhamdulillah. Dalam post kali ni saya nak kongsi sikit bagaimana saya menjaga kulit saya agar sentiasa lembap dan maintain tak ada jerawat.

Muka saya jenis berminyak, kadang-kala kalau terlalu penat dan... kulit boleh mengelupas (kering). Kulit saya juga sensitif. Jadi bagaimana saya menjaga kulit saya? Saya kategorikan setiap satu kepada 'setiap hari', 'kerap' 'kadang-kadang' 'jarang' dan 'jika perlu'.




  • SETIAP HARI - Saya akan sembur sanitizer Waazu (RM35) untuk mengurangkan muka berminyak, sekaligus mengelakkan jerawat tumbuh kembali. (Sebelum pakai krim dan mekap serta sebelum tidur). 



  • SETIAP HARI - Saya menggunakan krim pelindung matahari Temulawak Pearl (harga kurang RM10). 
  • KADANG-KADANG - Saya menggunakan krim Cashmere Spotlight Foundation Cream (Harga RM80+) sebelum menyapukan mekap. Krim hanya digunakan dalam kuantiti sedikit. Manakala untuk mekap terutama foundation dan compact powder, saya menyapu dengan kadar ringan.

  • KERAP - Bila kulit terasa panas dan berminyak, saya akan spray Waazu. 
  • KADANG-KADANG - Produk alternatif untuk kelembapan kulit ialah Bio Essence Miracle Bio Water. (Harga twin pack 300ml ialah RM72. Untuk twin pack 100ml ialah RM38+)

  • SETIAP HARI - Facial blotter perlu sentiasa ada bersama saya kerana kulit saya jenis berminyak. Saya memilih jenama Clean & Clear Oil Control Film (Harga RM10 ke bawah).




  • SETIAP HARI - Sebelum tidur, saya akan bersihkan muka menggunakan toner. Saya menggunakan Elizabeth Arden Dry Skin Toner (RM80+) atau toner Safi Balqis (harga kurang RM10). 
  • JIKA PERLU - Jika ada pimple outbreak, saya akan menggunakan krim T3 (RM10+)
  • JIKA PERLU - Sekiranya kulit tiba-tiba mengelupas dengan teruk, saya akan menggunakan mask muka untuk merawat kembali kulit. Jenama kegemaran saya ialah Naruko (sekeping harga kurang RM10). Made in Taiwan.


  • SANGAT JARANG - Kalau tak boleh juga, saya akan guna krim pelembap di waktu malam. Jenama kegemaran,...HadaLabo 3 in 1 Hydrating Perfect Gel (RM100 ke bawah). Tapi saya sangat jarang menggunakan apa-apa krim di waktu malam.

  • SETIAP HARI - Semasa mandi petang, saya akan menggunakan facial sponge untuk membuang sisa mekap yang tertinggal serta membuang kulit mati. 


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Keadaan muka sekarang
Naked face (balut pakai tuala. Wakakakkaak!)

P/S - Air wuduk membantu membersihkan wajah ^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!