Sabtu, 23 Julai 2016

Cara Mudah Melembutkan Rambut

Guna shampoo rambut sahaja tidak cukup untuk melembutkan rambut anda. Terutama kepada yang sering mewarnakan rambut, buat rebonding atau perm... kesannya akan dirasai jika rambut tidak dijaga dengan sempurna.

Di sini terdapat beberapa cara mudah untuk melembutkan rambut: 



1. MASK RAMBUT - Treatment rambut menggunakan mask penting untuk perapian lebih. Anda juga sebenarnya boleh treatment rambut anda sendiri di rumah. Malah ianya juga lebih mudah dan menjimatkan wang serta masa. 

Untuk kesan yang lebih baik, sapukan mask dan balutkan rambut menggunakan shower cap selama 30 minit. Lepas tu bilas rambut seperti biasa. Nak lebih senang... semasa mandi tu, lepas guna shampoo, sapukan mask rambut dan tunggu selama 15 minit). Amalkan sebulan dua atau tiga kali.

Produk terbaik pilihan saya ialah L'Oreal for Professional Series, Liss Unlimited. Walaubagaimanapun, banyak produk lain juga available. Gambar kedua di atas ialah Kérastase (sebutan Ki-ras-tas).




2. PERAPI / CONDITIONER - Memandangkan harga mask rambut selalunya lebih mahal dari conditioner, so tak boleh guna selalu sangat (penjimatan). Cara lain melembutkan rambut? Dengan conditioner. 

Selepas anda shampoo rambut anda, lepas tu boleh guna conditioner pula. Confirm rambut jadi lembut! Biasanya shampoo ni ada pasangan conditionernya sendirilah. 

Produk pilihan saya ialah L'Oreal Paris Total Repair 5. Gambar kedua di atas pula ialah produk Schwarzkopf (sebutan shwartz-kof) BC Bonacure.  


3. SERUM RAMBUT - Lepas rebounding rambut, kena pakai serum rambut. Kalau tak nanti rambut boleh jadi kering dan rosak. Ini juga merupakan cara melembutkan rambut dengan senang. 

Bagi mengelakkan rambut rasa berminyak selepas menggunakan serum, cara terbaik ialah sapukan serum selepas anda siap mencuci rambut (maksudnya rambut masih dalam keadaan lembap). Anda juga boleh menggunakan serum dalam kuantiti sedikit.

Produk pilihan saya ialah L'Oreal Professional Liss Unlimited Serum. Gambar di atas pula ialah L'Oreal Absolut Repair Cellular.

4. BABY OIL - Selain serum, sebenarnya anda juga boleh menggunakan baby oil untuk melembutkan rambut anda. Caranya anda hanya perlu menyapu baby oil dalam kuantiti yang sedikit di rambut anda. Jangan tuang banyak sangat pula, nanti rambut jadi terlalu berminyak.

Produk pilihan saya ialah Johnson & Johnson seperti gambar di atas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!