Sabtu, 30 Julai 2016

Review : BOH Sencha Green Tea

Kepada peminat teh hijau, berita baik untuk anda kerana BOH telah mengeluarkan produk terbaharu mereka iaitu BOH Sencha Green Tea. Daun Sencha dan serbuk Matcha yang di blend bersama menghasilkan rasa yang sedap dan fresh. BOH sentiasa menjaga kualiti pengeluarannya dari pemilihan bahan mentah hingga kepada packaging. 

Setiap hari ketika di office, saya akan minum Sencha Green Tea. Satu uncang boleh digunakan banyak kali. Dah habis... boleh refill balik. Rasanya langsung tak berubah. 

Satu kotak mengandungi 20 uncang dan harga di pasaran ialah RM8.90 sahaja. Apa yang best mengenai Sencha Green Tea ni, rasanya sedikit berbeza dengan produk teh hijau lain. Tak ada rasa yang 'terlalu kuat' atau 'terlalu wangi'. Rasanya mirip teh hijau kat Sushi King. 

Teh hijau mempunyai banyak khasiat. Di antaranya adalah bertindak sebagai anti oxidant, untuk detox badan, menurunkan berat badan, menenangkan fikiran serta mengembalikan tenaga. Ianya juga sesuai untuk vegetarian. ♡

Dapatkan Sencha Green Tea dari BOH di pasaraya berhampiran. Satu uncang teh dah cukup untuk sehari. Tak perlu gula pun tak apa. Anda akan merasai perbezaan setelah minum teh hijau ini. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web BOH tea.

source

I ♡ Sencha Green Tea BOH

2 ulasan:

  1. akak kalau nak buat vanilla green tea guna teh boh ni boleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pernah try lagi. ^^ Tapi rasa green tea BOH ni lebih sedap kerana tak ada rasa pahit.

      Padam

Terima kasih!