Rabu, 20 Julai 2016

Berhati-Hati dengan Penggunaan Krim Muka

Sekarang banyak jenis krim muka dijual di pasaran. Walau bagaimanapun, saya menasihatkan agar berhati-hati ketika memilih krim. Pastikan ia benar-benar selamat dan sesuai di muka anda.

Nak share kejadian yang dah pernah berlaku di depan mata.

Kisah 1
Siti (bukan nama sebenar) sebelum ni memang tak pernah ada jerawat. Kulit halus mulus. Dek kerana teruja dengan iklan produk muka yang popular di dalam Internet, maka Siti pun try beli satu. Nama produk dirahsiakan tapi bermula dengan huruf 'S'. Harga RM100+ juga. Kononnya krim muka ni memutihkan kulit dan menjadikannya lebih halus. Pertama kali Siti pakai krim tu, tiba-tiba timbul satu dua jerawat kecil. Bila tanya orang yang jual krim tu, katanya jadi macam tu sebab segala kotoran di dalam muka dikeluarkan terlebih dahulu. Dah pakai beberapa minggu, keadaan makin teruk dan Siti terus stop penggunaan krim tu. Masa saya nampak Siti, sangat terkejut sebab tak pernah nampak muka dia penuh jerawat dan kemerahan. Lastly saya minta dia cuba produk Waazu (semburan yang saya gunakan semasa saya diserang jerawat teruk dulu). Alhamdulillah jerawat tak bengkak lagi. Selain itu, Siti juga ke pusat rawatan pakar kulit untuk merawat mukanya. Kena buat beberapa sesi... demi nakkan kembali muka yang dahulu, terpaksa korbankan masa dan wang.

Kisah 2
Nori (pun bukan nama sebenar) sebelum ni tak pernah mengalami masalah kulit muka berjerawat. Kulit Nori sangatlah halus dan licin macam telur! Saya pun jealous tengok. Nori jenis yang tak gemar pakai mekap, jadi di sana dah tau betapa halusnya kulit muka dia tanpa foundation atau compact powder. Gara-gara terpukau dengan iklan krim muka yang tengah hangat di pasaran sekarang ni, jadi dia pun try la. Lebih-lebih lagi, kononnya artis antarabangsa yang jadi model krim muka tu. Tak nak sebut nama krim tapi bermula dengan 'L'. Harga RM100+. Start pakai krim tu, tiba-tiba naik jerawat kecil-kecil. Lama-lama makin banyak. Nori terus stop guna krim tu. Akibat penggunaan membuatkan mukanya tumbuh jerawat halus yang kemerahan + kulit kering. Saya suruh Nori guna Waazu tu juga. Boleh tengok perubahan jerawat tak naik merah lagi. Tapi Nori jenis yang tergesa-gesa nak baik. Tak sampai seminggu dah habis Waazu tu dia guna. Kami syorkan satu brand produk muka yang bagus untuk kulit sensitif + harga yang berpatutan. Semestinya Safi Balqis. Nori start guna pencuci muka Safi dan toner untuk elakkan kulit kering. Alhamdulillah memang berkesan. Walau masih jerawat masih tak baik lagi, tapi kulit muka langsung tak kering.

Mudah-mudahan kedua kisah ini menjadi iktibar kepada anda. Saya juga pernah tersalah menggunakan produk muka. Hasilnya naik jerawat atau kulit jadi kering. Tapi bila sekali dah jadi macam tu, saya akan segera stop penggunaan produk tersebut.

Untuk krim muka... produk yang saya gunakan taklah berjenama sangat. Harganya pun murah. Saya guna krim Temulawak Whitening Pearl. Sekarang susah sikit nak cari krim tu sebab selalu habis stok. Harga baru dalam RM6.50. Apa yang best berkenaan krim ini ialah tidak mengandungi sebarang bahan merbahaya dan menggunakan bahan semulajadi. Walaupun saiznya kecil, tapi tahan selama beberapa bulan.

Sebelum ni pernah try produk muka yang berjenama (harga sebotol sekarang mencecah RM600) tapi kalau dah tak sesuai, tetap tak boleh pakai juga. Ada sekali tu saya beli produk untuk hilangkan jerawat, harga punyalah mahal... RM300 juga. Tapi hampeh juga.

Tips memilih krim muka...

  • Pastikan tak ada sebarang bahan terlarang digunakan seperti merkuri. Kalau produk tu dalam seminggu pakai, tiba-tiba muka jadi putih melepak semacam... lebih baik hentikan penggunaannya. Kesan panjang boleh mengakibatkan kanser kulit. 
  • Sama juga halnya jika muka terasa panas dan kemerahan selepas menggunakan krim. Please stop using it!
  • Pastikan anda memilih produk yang original!
Terpulang kepada kesesuaian kulit masing-masing. Nak share tips sebelum membeli krim muka:
  • Cuba tengok testimonial dari Internet atau rakan-rakan yang dah pernah try. Try cari 'testimonial negatif' juga... manalah tau... ada yang sudi berkongsi.
  • Lebih baik mencuba produk yang dah lama berada di pasaran seperti L'oreal, Safi, Lancome, Nutox dan lain-lain.
  • Jangan terlalu percayakan apa yang ada di dalam Internet terutama krim yang tiba-tiba wujud... kononnya famous kat Korea la, Jepun la... Dinasihatkan tengok dulu bagaimana rupanya website produk muka tu.
  • Cari krim yang tertera pengesahan dari lembaga kesihatan.
  • Tengok krim tu made in apa. Berhati-hati dengan krim yang made in Thailand atau China. Sekiranya tertulis kat sana made in Canada... cuba search dalam Internet, ada ke orang Canada a.k.a orang putih yang pakai krim tu.
  • Pastikan orang yang menjual krim tu ada lesen ke... pakar berkenaan krim tu dan yang pasti dia menggunakan krim tersebut.
P/S - Post ini tiada niat untuk menjatuhkan bisnes individu, nak memburukkan produk atau sewaktu dengannya. Post ini hanya sekadar berkongsi pengalaman. Terpulang kepada anda nak beli krim yang mana satu. Yang penting ianya sesuai di muka anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!