Ahad, 31 Julai 2016

Santai Sabtu - Hot Choco

Kebelakangan ni cuaca asyik hujan. Syukur sebab tak perlu saya siram bunga lagi. Lepas tu udara pun sejuk sahaja. Best kalau tidur.

Petang kelmarin pun sama juga hujan. Hajat nak pergi survey harga desktop, tapi macam malas la pula. Terasa nak makan makanan berkuah dan panas. Jadi pergi ke Suria Sabah dan makan Japanese Shabu-Shabu di Natural Kitchen. Kepada yang sukakan makanan sihat, saya cadangkan anda untuk ke restoran ini. Tiada minyak, semuanya sup (style steamboat).

Oh ya. Sekarang ni tengah craving for hot chocolate. Walaupun saya tak minat makan chocolate bar, tapi saya suka minum hot chocolate (kek coklat dan susu coklat tak terkecuali. Pelik kan?). Tiga hari berturut-turut minum hot chocolate + cream, venti. Hari ni rasa nak minum lagi... tapi tahan dulu nafsu tu. Tahan... tahan... Nasib baik la malas nak keluar rumah sebab hujan. 

Saya pun tak tau, tapi sesiapa yang perasan... minuman kat Starbucks tu buat kita ketagih kan? Dulu saya suka minum ice blended green tea + less sweet + cream + caramel. Macam setiap hari nak minum benda alah tu. Lagipun 1Borneo tu bukannya jauh dari office. Senang la nak pergi. Lepas tu... stop dulu. Alasan... Tak boleh minum banyak sangat minuman bergula. Sekarang ni start dari hantar Tun ke airport hari tu, tiba-tiba tekak terasa nak minum hot chocolate. Dahlah tak makan lagi. Jadi pergi beli Starbucks di airport KKIA. Then... nah! Esok rasa nak minum lagi. Lagipun, saya suka topup kad banyak sekaligus. Rugi pula kalau tak digunakan. 

Hot choco, sedap minum time cuaca sejuk. Hehe...


Shabu-Shabu.
-
-
-
-
-
-
Three days addicted diakhiri dengan Starbucks Suria Sabah. 


Sebelum tu... hari kedua bantai kat Starbucks Oceanus

First day beli kat Starbucks KKIA
-
-
-
-
-
-
-
Watashi wa no cards. The older one yang sebelah atas (keluaran 2013). Yang sebelah bawah ni kad baharu (keluaran 2015). 

Another one.

Sabtu, 30 Julai 2016

Review : BOH Sencha Green Tea

Kepada peminat teh hijau, berita baik untuk anda kerana BOH telah mengeluarkan produk terbaharu mereka iaitu BOH Sencha Green Tea. Daun Sencha dan serbuk Matcha yang di blend bersama menghasilkan rasa yang sedap dan fresh. BOH sentiasa menjaga kualiti pengeluarannya dari pemilihan bahan mentah hingga kepada packaging. 

Setiap hari ketika di office, saya akan minum Sencha Green Tea. Satu uncang boleh digunakan banyak kali. Dah habis... boleh refill balik. Rasanya langsung tak berubah. 

Satu kotak mengandungi 20 uncang dan harga di pasaran ialah RM8.90 sahaja. Apa yang best mengenai Sencha Green Tea ni, rasanya sedikit berbeza dengan produk teh hijau lain. Tak ada rasa yang 'terlalu kuat' atau 'terlalu wangi'. Rasanya mirip teh hijau kat Sushi King. 

Teh hijau mempunyai banyak khasiat. Di antaranya adalah bertindak sebagai anti oxidant, untuk detox badan, menurunkan berat badan, menenangkan fikiran serta mengembalikan tenaga. Ianya juga sesuai untuk vegetarian. ♡

Dapatkan Sencha Green Tea dari BOH di pasaraya berhampiran. Satu uncang teh dah cukup untuk sehari. Tak perlu gula pun tak apa. Anda akan merasai perbezaan setelah minum teh hijau ini. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web BOH tea.

source

I ♡ Sencha Green Tea BOH

Jumaat, 29 Julai 2016

Full Lips V.S Fake Full Lips (Selebriti Hollywood)

Full and sexy lips, memang menjadi idaman ramai wanita. Full lips ni ada banyak kelebihan. Tu yang ramai sangat nak bagi plump bibir la, nak bagi nampak tebal la apa la... Ada beberapa faktor yang menyebabkan wanita lebih menyukai bibir yang tebal.
  • Kelihatan lebih menarik berbanding bibir nipis. - Lihat sahaja orang yang buat duck face selfie. Semua nak bagi nampak bibir sexy.
  • Banyak ruang nak sapu gincu. 
  • Sexual attraction.
  • Senyuman nampak lebih menawan
  • Tak perlu dah nak suntik collagen

Tapi kalau bibir yang dah ter over botox atau buat plastic surgery... macam nampak pelik pula jadinya kan? Fake dan kadang-kala mengerikan. Buatlah tebal macam mana pun, tetap tak lawan yang original.

Selebriti Hollywood yang mempunyai bibir cantik dan attractive.  

Emily Browning

Angelina Jolie 

Adriana Lima

Lily Collins

Scarlett Johanson.

Anne Hathaway

Jessica Alba


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Fake lips dan nampak lain macam. (tak nampak natural)

Sorry Kylie. I love your cosmetic product, walaupun delivery tak sampai ke Malaysia (kecewa tak dapat beli Lipkit By Kylie). Tapi bibir Kylie Jenner nampak semacam.... Macam... pelik....

Beautiful face. But something is not right with her lips.

Saya lebih suka Kylie yang dulu (kiri)

Evolusi Kylie Jenner

Khamis, 28 Julai 2016

Dapatkan Snow - Selfie, Motion Sticker

Haaa..... siapa yang tak install lagi application Snow, boleh di muat turun secara percuma di Google Play (untuk pengguna Android).

Apa yang best mengenai application ini, banyak stickers yang kita boleh pilih untuk selfie. Kalau tengah boring, dapat juga hiburkan diri main application Snow. Kadang-kadang lawak juga tengok muka sendiri jadi macam-macam rupa. Ada rupa kucing la... panda la, jadi askar la.... banyak lagi. Best tau aplikasi Snow ni. Boleh buat account dan add friend lagi!

Yalah. Kerja tak boleh stress sangat juga. Nanti cepat tua. Hehe.... petang tadi dalam jam 5 lebih tu, otak dah penat. Lagipun hari ni ramai orang terlibat kursus. Saya pula terlibat untuk mengiring Tun. Lepas semua dah selesai, berkumpul kejap. Tiba-tiba teringat nak main aplikasi Snow. Ni la jadinya.

Greek 

Miaw

Deer

Police

Telur masak. Hahahaha

Rambut ditiup angin a.k.a meme

Dalam kereta nak hantar bos, sempat ber Snow. Hahahaha

Dapatkan Snow secara percuma! Tak rugi install aplikasi ni.

Rabu, 27 Julai 2016

Masih Cinta Makanan

Berat badan dah banyak berkurang jika dibandingkan dengan dulu. Bila dikira balik... dah 10KG berkurang! Baju time bujang pun muat balik. Punyalah senang hati. Walau apa pun, saya masih suka makan. Cuma cara pengambilan makanan tu dah berbeza sikit. Maklumlah... sekarang ni dah lebih 'go green'...

Hasrat untuk menjadi seorang vegetarian masih tak tercapai lagi. Yalah... sometimes tengok ayam goreng tu bukan main punya sedap. Ditambah lagi kalau bertandang ke rumah orang... kena hidang daging la apa la. Kalau tak makan, kang kecik hati pula. Tu la faktor yang menyebabkan susah nak jadi vegetarian. Sekarang ni masih di tahap flexitarian. But eat more legumes, less meat, maintain 'em seafood.

My routine? Masih makan nasi putih tapi bukan hari-hari. Setiap pagi akan minum hot green tea. Banyakkan minum air putih. Kerap makan tapi dalam kuantiti sedikit. Kalau order minum kat luar... 'tea o ais KURANG MANIS'. Makan sebelum kenyang. Kalau nak kunyah snek pun tak ada masalah tapi janganlah terlebih pula. Coke? Masih ambil but of course zero sugar. -_- (Susah nak stop yang tu). Buat light exercise + banyakkan pergerakan ketika di pejabat + rajin buat kerja rumah. 

Pet peeve. Udang yang boleh menyebabkan kolesterol, jerawat naik dan alahan. Oh no.... susah nak tinggalkan seafood. 

Japanese food adalah antara makanan kegemaran saya. Unagi yaki, hamaguri soup, shabu-shabu, teppanyaki... itadakimasu! Makanan jepun juga kurang berminyak, kurang kalori (banding makanan lain) dan dihidangkan dalam kuantiti yang sedikit tapi tetap mengenyangkan. 

Go green.... maksudnya lebihkan sayur. Nasi goreng pun jadi nasi goreng sayur. Minyak untuk pakai goreng sangat sedikit dan saya menggunakan sunflower oil (omega + kurang kolesterol). Gunakan kuali non stick adalah yang terbaik. 

Selasa, 26 Julai 2016

Mengatasi Masalah Gatal di Celah Paha Akibat Ruam

Bukan sahaja bayi atau kanak-kanak yang boleh mendapat ruam, orang dewasa juga boleh mengalami keadaan yang sama. Lebih-lebih jika ruam tersebut berada di celah paha atau kawasan. Saya kongsikan beberapa tips untuk mengatasi dan mengelakkan ruam.

1. Pemilihan underpants
Elakkan memakai underpants yang ketat atau tidak menyerap peluh. Underpants yang diperbuat daripada kain cotton adalah pilihan terbaik.


2. Kerap tukar pad atau pantyliner
Untuk mengelakkan ruam berlaku, tukarlah pad dengan kerap. Penggunaan pad yang lama dalam satu masa bukan sahaja menjadikan ruam dan gatal, malah tidak baik untuk kesihatan.


3. Tisu atau tuala untuk elakkan lembap
Selesai sahaja dari tandas, jangan lupa untuk keringkan celah paha menggunakan tisu atau tuala. Keadaan yang lembap boleh menyebabkan bakteria cepat membiak dan mengakibatkan gatal. Tukarlah underpants sekiranya perlu.



4. Krim nappy rash dan bedak talkum
Ruam boleh dikurangkan dengan menggunakan nappy rash cream atau bedak. Sebaiknya selepas mandi, sapukan krim dan bedak di bahagian yang gatal. Krim nappy rash juga available untuk orang dewasa.



5. Krim sapu untuk gatal
Kalau tak kurang juga, sapukan krim untuk mengurangkan gatal seperti Betnovate cream. Walaubagaimanapun penggunaan ubat seperti ini perlulah berhati-hati dan dikawal.


6. Keselesaan di waktu malam
Masa nak tidur tu, tak perlulah pakai underpants. Oopss! Maksudnya... kalau dah pakai seluar, tak perlulah pakai underpants lagi. Untuk pengudaraan dan keselesaan diri.


7. Kebersihan diri
Apa-apa pun, kebersihan adalah amat penting. Jangan malas mandi atau menyucikan diri.

Ahad, 24 Julai 2016

Siput Ramshorn Saya

Taaadaa! Saya ada pelihara siput Ramshorn merah. Sekarang ni dah ada lebih 10 ekor, tapi sebenarnya banyak berkurang berbanding dulu. Sejak insiden siput 'tiba-tiba' mati akibat kehilangan alga, jadi banyaklah berkurang siput saya ni. Mula-mula sekali siput ini hanya ada dua ekor, lama kelamaan membiak.

Biasanya siput ni dianggap perosak dan asal saja wujud kat dalam akuarium (datang dari batu akuarium), mesti kena bunuh punya sebab mereka ni cepat membiak. Tapi lain pula dengan penggemar siput. Tentulah siput-siput ini akan dijaga dengan baik.

Kenapa saya pelihara siput Ramshorn?
  • Asalnya siput ni adalah untuk makanan ikan buntal air tawar saya (ikan tu hadiah dari orang). Memandangkan ikan tu tak nak makan dan tak sesuai dengan saiz akuarium saya yang kecil, maka saya lepaskan ikan-ikan tersebut. Yang tinggal hanyalah siput ini. 
  • Senang nak jaga. Makanan pun tak memilih sangat.
  • Warnanya cantik. Anak-anak siput ni juga comel.
  • Tak ramai orang mempunyai hobi pelihara siput.
  • Tak perlu risau kalau mati sebab pasti akan membiak lagi.
  • Sebenarnya suka dengan bunyi air mengalir dalam akuarium. Lagi best kalau ada benda hidup di dalamnya.
  • Ada teman kat rumah >.<

Siput Ramshorn ni terdiri dari pelbagai warna dan saiz. Selain merah, ada juga yang berwarna biru, berbelang dan leopard. Teringin nak cari lagi siput ramshorn tapi sebenarnya susah nak jumpa kedai akuarium yang menjual siput ini. Oh ya. Kepada yang tinggal di Kota Kinabalu... kalau nak beli siput Ramshorn, anda boleh ke kedai akuarium di Kolombong dekat klinik SAMC dan tempat futsal. Di sanalah saya beli siput ni. RM2 untuk seekor. Dua ekor dah cukup kerana ia akan cepat membiak.

Cara nak bagi makan siput Ramshorn ni senang sahaja. Selalunya saya akan bagi makan flakes ikan atau udang. Tapi flakes udang cepat mengeruhkan air, oleh itu saya lebih menyukai flakes ikan. Tak perlu risau keadaan flakes yang terapung kerana siput Ramshorn akan naik ke atas untuk makan. Sekali sekala boleh juga bagi makan makanan lain seperti isi ikan atau hirisan timun. Siput anda pasti akan menyukainya. Jangan bagi makan terlalu banyak kerana siput Ramshorn cepat membiak. Saya hanya beri makanan sekali sehari kepada siput saya ( dalam 5 biji flakes di waktu pagi).

Siput Ramshorn amat menggemari alga atau rumpai. Ia sebenarnya membantu mereka untuk terus hidup dan berada dalam keadaan sihat. Selain itu, pastikan air sentiasa bersih dan jika keruh, tukarlah dengan segera. Jika tidak, dikhuatiri siput akan dijangkiti penyakit. Tanda siput tidak berada dalam keadaan sihat termasuklah cangkerang bertukar warna pucat dan menggerutu. 

Saiz dewasa siput Ramshorn merah boleh mencapai saiz duit syiling 20 sen. Manakala anak siput Ramshorn yang baru menetas adalah sangat halus. Susah nak nampak. Siput ni juga pandai mengapungkan diri mereka di atas air. Jangan risau... mereka takkan keluar dari akuarium kerana siput Ramshorn tidak boleh hidup di darat.

Cara tukar air akuarium juga boleh dilakukan dengan mudah. Untuk membuang kotoran, sedut air kotor keluar melalui pam. (Tak perlu keluarkan siput satu persatu). Kemudian masukkan kembali air baharu dan ulang proses mengepam air keluar sehingga air nampak bersih. Lepas tu, masukkan lagi air paip dan anti klorin mengikut saiz akuarium. Dah selesai! Supaya air tak cepat keruh, letakkan filter akuarium. 

P/S - Dua orang rakan sekerja saya juga dah minta anak siput Ramshorn untuk dibiakkan dalam akuarium mereka. ^^♡. 

Siput Ramshorn saya amat menyukai rumpai ini

Close up

Lagi siput Ramshorn

Sedang menikmati timun

Review : Kleenex Scented Tissue ♡

Kini saya beralih kepada tisu dengan wangian essential oil dari Kleenex. Ia bukan sahaja harum, malah tisu ini juga lembut dan sesuai kepada yang ada alahan habuk. (Hidung saya sensitif). Biasanya tisu yang kurang lembut akan menyebabkan alahan saya keluar. Tapi dengan Kleenex, tak ada masalah langsung.

Sekotak tisu mengandungi 74 helai dan setiap helai bersamaan dengan tiga lapis. Tisu ini tidak mudah koyak berbanding tisu yang hanya mempunyai dua lapis. Kleenex menawarkan dua jenis wangian buat masa ini iaitu rose dan cherry blossom. Kedua wangian menjadi kegemaran saya, tapi saya lebih menyukai wangian ros. 

Setiap set tisu mengandungi empat kotak dan boleh dibeli di mana-mana pasaraya berhampiran dengan harga serendah RM13. Kalau tak nak beli yang kotak pun boleh kerana tisu Kleenex juga available dalam bentuk paket.

♡♡♡



Sabtu, 23 Julai 2016

Lawatan ke Sekitar Tempat Pendakian Gunung Tambuyukon

Selain Gunung Kinabalu, para penggemar aktiviti lasak juga berpeluang mendaki Gunung Tambayukon, salah satu gunung yang terletak di kawasan banjaran Crocker. Ia juga merupakan gunung tertiga tertinggi di Sabah selain Gunung Kinabalu dan Gunung Trus Madi. Terdapat dua tempat untuk memulakan pendakian iaitu di Serinsim Substation, Kota Marudu ataupun di Monggis Substation, tidak jauh dari Poring. Gunung Tambayukon telah diwartakan sebagai tapak warisan dunia.

Selepas kami selesai mengadakan aktiviti rasmi bersama pihak Astro di Kampung Malinsau, Ranau, kami sempat singgah ke Monggis Substation yang terletak tidak jauh dari sana. Tujuan adalah untuk melawat sekitar tempat pendakian Gunung Tambayukon.

Ini adalah kali pertama saya ke sini. Bagaimana kami mengetahui tempat ini? Prof memang gemarkan aktiviti lasak terutama memandu pacuan empat roda dan mereka ada menubuhkan kumpulan 4 X 4. Selain membuat khidmat masyarakat, mereka juga suka mengembara dan meneroka tempat baharu. Secara tak langsung, bertemu di tempat ini. 

Oleh kerana Tun pun memang jenis sukakan alam semulajadi, adalah lebih baik bawa sekali melawat ke sini. Sangat berbaloi kerana suasananya nyaman dan tenang. Di sekitar substation ini juga ada air terjun yang cantik dan bersih. Sesuai untuk keluarga berkelah atau mengadakan aktiviti santai. 

Nak ke substation ni kena masuk ke dalam sikit. Nanti akan ada dua jalan kiri dan kanan. Sebelah kanan tu sebenarnya tempat penginapan tapi orang jarang pergi. Sebelah kiri adalah jalan ke tempat pendakian (ada lalu jambatan kecil lagi).

Walaupun lawatan kali ni tak lama sangat, tapi sangat berbaloi. :-)

Untuk maklumat lanjut bagi pendakian, boleh terus menghubungi Sabah Parks.

Dah nak sampai substation

Sekitar substation

Air terjun yang cantik dan bersih

Airnya juga bersih!


Saya tak ingat apa nama pokok ni, tapi pegawai kat sana beritahu pokok ini boleh menyedut besi. Cara extract besi tu ada rumit skit katanya. 
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Semasa nak balik ke Kota Kinabalu, sempat melihat keindahan matahari terbenam ini. :-)

Tak Boleh Tidur 0_o and Cerita Panjang

Ingat nak join memancing malam ni tapi nampaknya tak larat dah.... sekarang baring tapi mata tak nak tidur la pula. Kepala otak pula asyik spin lagu yang sama berulang-ulang. Memang macam tu. Selagi lagu tu tak dinyanyikan sampai habis (maksud saya 'dinyanyikan' dalam otak), selagi tu la lagu tu akan terngiang-ngiang di dalam otak kita(science). Jadi caranya, shut it down dengan tidur atau fikir benda lain.

Hrrmmm.... Actually bulan ni paling banyak tengok wayang sebenarnya. Tiga wayang dalam sebulan... Maklumlah, sekarang ni bukan movie bug macam dulu-dulu (dulu siap movie marathon. Lepas satu movie selesai, beli another ticket pula). Tiga wayang dalam masa sebulan tu dah kira banyak la tu. Okaylah. Seminggu after raya, dua movie dalam seminggu. 1st... Tarzan, tengok waktu lunch (errr.... awal sikit dari waktu lunch?? Heee..) Saya bawa tiga orang staff saya terus. Day day day after that, Ghostbuster. Me and my colleague. Kelmarin? Star Trek Beyond pula lagi.

Rating IMDb 6.8/10

Rating IMDb 5.3/10

Rating IMDb 7.8/10

Cerita pasal wayang ni, must-see movies for me ialah genre sci-fi (Star Wars, Gravity, Martian etc,), adventure fantasy (LOTR, Harry Potter etc), super-heroes (Thor, Avengers, Ironman, Green Lantern etc). Based on true story, comedy dan animation pun best juga tapi bengantung dengan cerita la. Taboo movies? Horror, thriller and psyco punya wayang. Tension tengok jadinya!

Okay. Habis pasal wayang. Sekarang pasal $$$ pula. Bagaimana nak cari duit lebih ek? I mean.... untuk bayar yuran. Registration fee dah RM2,000+. Belum lagi bayaran subject. Tiga subjects... 9 jam kredit. Satu jam kredit bersamaan dengan RM350. Kalau 9??? RM350 X 9. Aiyooo... Other than scholarship... rasanya alternative solutions including korek wang simpanan, guna KWSP, ikat perut dan simpan duit gaji, menabung, kerja part time, jual something dalam online. Okay fullstop. How about time management? After kerja, then attend kelas pula lagi lepas tu. Wonderful kan? -_- Actually years ago saya dah buat benda ni... and FULLTIME. Walau bagaimanapun, saya memilih haluan kiri (kerja dulu maksudnya). Challenge accepted!

Masih tak mengantuk lagi... dah 2.27AM. Badan rasa lenguh sebab kerja tadi dari jam 8.00AM to10.00PM. Tugasan lebih sikit la katakan... Then balik rumah, ada Si Kecil pula tengah bermain dengan Hafiz. Terhibur juga hati :-). Next week full blast from AM to PM. My BFF datang dari Johor, ingat nak berjumpa. Tapi flight dia sampai lewat. That time jugalah hari-hari yang termat sibuk. Di sini boleh la menggunakan skill dalam pengurusan masa. The best way... korbankan masa anda. The best way untuk diri sendiri tapi bukan untuk orang lain? 'Lantaklah, aku nak rehat kat umah'.

Aaa.... cerita Taylor Swift gaduh ngan Kayne West + Kim Kardashian gara-gara lirik lagu? Boleh dijadikan cerita but tabloid please don't highlight it too much la. Banyak lagi benda penting yang boleh di point out seperti... kebuluran di Somalia, climate change, say no to cigar... bla bla bla bla... Apa boleh buat... Kim Kardashian mau cari makan. Dia dapat duit, magazine dapat duit, kita pula bergaduh sesama sendiri (team TayTay and team Kim K) + habis duit dan masa. Honestly, saya pun tak tau kenapa keluarga Kardashian ni boleh jadi famos dan menjadi poh-jaan ramai. Botox, xxx tape, pakai baju macam tak pakai baju, tayang @$$ sana sini, transgender, materialistic, glam chasing etc. Pun ramai juga orang adore. (By the way, Kendall sangat cantik).

Topik apa lagi? Haters gonna hate? Perhaps next time boleh cerita sikit la berkenaan haters @ super jealous @ so-much-to-hate @ 'want to be me'? Untuk tambahan, boleh masukkan sekali berkenaan how to deal with this kind of people.

Issshhh.... nak tidur. Nanti pagi nak bangun awal, kemas rumah, cuci kain segala lagi.

Bubye.