Khamis, 16 Jun 2016

Zzzzzzz......

Ni la akibatnya kalau tak cukup tidur. Gila ngantuk. Time mesyuarat pun ngantuk. Time lepas buka puasa pun ngantuk juga (kenyang kot). Tapi ngantuk tahap gaban diklasifikasikan bila mata dah tak tertahan betul. Di meja makan macam nak terlelap. Mata tak boleh tahan. Arrggghhhh. Itulah yang berlaku kepada saya. Dah gerak jalan sana sini konon nak bagi hilang ngantuk... pas tu duduk balik... ngantuk juga. Tak boleh blah betul.

Semalam masa buka puasa, kebetulan KSU pun ada sekali duduk kat meja sebelah. Sebelum tu... masa jalan-jalan kat KLCC teman Prof Rasid, Agong turun mencemar duli. Kereta parking depan main entrance KLCC. Rasa bertuah betul. Akhirnya saya berjaya nampak live juga Agong. (Lagi orang Sabah, bukan senang nak nampak secara berhadapan). Nak amik gambar tapi tak berani. Escort ramai....

Jadi meeting pun berlangsung dengan baik. Tak lama lepas meeting tu hujan renyai-renyai. Syukur semuanya selesai dengan baik.

Thanks Tun & Toh Puan bagi ole-ole. ^^

Okay bye bye!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!