Rabu, 1 Jun 2016

Thumbdrive X-Men Limited Edition from GSC

Memandangkan saya salah seorang kipas-susah-mati X-Men, jadi masa wayang X-Men Apocalypse keluar di pawagam, terus tak lepaskan peluang untuk tengok. Untuk jimat masa dan mengelakkan beratur panjang serta kecewa panggung penuh, gunalah aplikasi Golden Screen Cinema yang boleh di download melalui Google Play dengan percuma. Saya suka aplikasi ini kerana tiket dapat dibeli dengan mudah dan boleh pilih seat mana yang kita nak duduk. Lepas ni tak perlu beratur panjang lagi terutama untuk cerita box office yang confirm pecah panggung.

Masa tengah beratur beli popcorn (mesti beli baru ada thrill), tiba-tiba ada jual limited edition thumb drive X-Men + combo popcorn dengan harga RM30 sahaja. Dengan sukahatinya saya pun beli satu. Kalau namanya limited edition mesti kena simpan. Memang tak akan keluar lagi lepas tu.

Thumbdrive ni kecil macam duit 50sen. Berat dan saya tak sanggup nak guna. Sayang oooo.

Thumbdrive ni boleh slide. Kalau nak guna baru slide ke atas. Kalau tak... kekalkan ke bulat, baru nampak gaya X-Men.

Thank you GSC!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Tahun ni banyak wayang best. Huntsman Winter War pun dah tengok (yang ditunggu-tunggu). Captain America pun dah tengok (#GiveCaptainAmericaABoyfriend) by the way, Superman VS Batman tak tengok lagi (ramai yang kecewa dengan ending... so tak teruja sangat la kot). Next movie yang ditunggu-tunggu adalah Warcraft. Kepada gamerssss.... ini pasti antara film yang ditunggu-tunggu. Unfortunately... tiada elf? Betul ke.

Nah. Ni screenshot untuk aplikasi GSC. Mudah. Cepat. Senang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!