Jumaat, 3 Jun 2016

Resepi Taugeh Goreng Kicap bersama Ikan

Bahan-bahan:
  • Sayur taugeh
  • 1 hiris ikan tenggiri yang dipotong kecil
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • Gula pasir secukup rasa
  • Sedikit garam
  • 3 ulas bawang putih

Cara-caranya:
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang sehingga naik bau.
  • Masukkan ikan tenggiri 
  • Tuang kicap pekat dan tunggu sehingga tenggiri masak
  • Tambahkan gula pasir
  • Masukkan sayur taugeh
  • Taburkan garam
  • Taugeh dimasak sekejap sahaja bagi mengekalkan kerangupan. (Kira-kira 5 minit).
  • Setelah masak, toskan sayur taugeh dan masukkan ke dalam pinggan. (Kuah dibiarkan).
  • Untuk mendapat kuah yang pekat, didihkan kuah yang dibiarkan tadi sehingga nampak pekat.
  • Curahkan ke atas sayur taugeh tadi. 
  • Sedap dimakan ketika panas.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!