Rabu, 1 Jun 2016

Resepi Paling Cepat - Ikan Tenggiri dengan Sayur Kubis

Nak masakan yang paling simple, tak banyak bahan dan paling cepat tapi sedap? Try resepi ikan tenggiri dengan sayur kubis ni.

Bahan-bahan:
  • 1 keping ikan tenggiri yang dipotong-potong kecil (boleh juga menggunakan ikan lain tetapi ikan tenggiri paling sedap)
  • Sayur kubis yang dicincang
  • 2 ulas bawang putih yang dicincang halus
  • 2 sudu makan sos tiram
  • Sedikit gula pasir
  • Sedikit minyak masak untuk menumis


Cara-caranya:
  • Tuangkan minyak masak dan tumiskan bawang putih
  • Masukkan ikan tenggiri
  • Tuang sos tiram
  • Masukkan sayur kubis
  • Masukkan sedikit gula pasir.
  • Apabila masak, tutup api dan siap untuk dihidangkan. Sedap dimakan ketika masih panas. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!