Isnin, 6 Jun 2016

Pengalaman Merawat Kucing Cirit Birit (Bawa ke Veterinar)

Apabila kucing mengalami cirit birit... hal ini tak boleh diambil mudah. Ada banyak perkara yang menyebabkan kucing cirit birit, contohnya makanan tak sesuai, terlebih makan, virus, bercacing dan lain-lain lagi.

Kucing saya Si Hitam juga pernah mengalami nasib yang sama.

Di sini saya ceritakan bagaimana saya merawat Si Hitam. :-)

1. Sentiasa bersihkan bulu kucing menggunakan wet tissue khas untuk kucing + semburan waterless bath kucing, (saya memilih jenama Jusz Spray).

2. Bawa ke veterinary kerana cirit-birit boleh menjadi teruk jika tidak dipedulkan. Doktor berikan ubat cacing, antibiotik dan vitamin. Doktor suntik kucing saya dengan antibiotik (Metronidazole - khas untuk usus). Doktor juga bekalkan ubat antibiotik tersebut untuk beberapa hari. Oleh kerana Metronidazole sangat pahit, anda perlu masukkan tablet tersebut terus ke dalam tengah-tengah mulut kucing. Ini bagi mengelakkan kucing terasa ubat dan senang untuk dia menelan terus. Kalau tak... confirm berbuih mulut. Jangan mandikan kucing selama tiga hari selepas disuntik. Makanan kucing saya ditukarkan kepada ikan tenggiri rebus sahaja (tanpa sebarang perasa) serta dibekalkan air bersih yang banyak.

3. Sampel najis di ambil untuk melihat sama ada kucing dijangkiti virus atau tak (alat yang digunakan macam pregnancy test). Walaubagaimanapun, kucing saya tidak mengalami muntah-muntah... oleh itu kemungkinan bukan virus. Keputusan ujian juga menunjukkan negatif. 



4. Doktor ada bagi charcoal khas untuk cirit birit kucing. Bergantung dengan kucing. Ada yang sesuai dengan charcoal dan ada yang tak boleh terima (terus muntah). 

5. Sampai di rumah, saya buat semua yang doktor suruh dan beri makan ubat-ubatan juga. Saya juga bagi minuman glukos untuk kucing saya agar sentiasa bertenaga.

10. Saya juga cuba satu petua. Petua bagi makan labu kuning kepada kucing untuk mengurangkan cirit birit. Saya campurkan satu kiub labu kuning dan lenyekkan bersama isi ikan. Selain itu, air bersih juga perlu sentiasa dibekalkan. 

P/S - Jika kucing tu tak pandai baik dari cirit birit, kemungkinan keadaan jauh lebih serius. Oleh itu, bawa kembali ke klinik veterinar dan lakukan ujian mengenalpasti penyakit yang lain seperti FIP.

4 ulasan:

  1. cik nurlina. berapa kos bila bawak kucing ke specialist ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi. Kos rawatan ke specialist agak mahal juga sebenarnya. Bergantung kepada jenis penyakit + berapa hari rawatan + consultation + ubat.

      Sekali rawatan jumlah bayaran lingkungan RM150 ke atas. + GST

      Saya pernah bawa kucing ke vet swasta dan menelan belanja dalam RM1000 juga untuk beberapa kali rawatan.

      Padam
  2. boleh sy tahu brapa kos dan vet mana yang awak pegi ?? sbb kucing sy mengalami benda yg sma .. cirit birit dan keluar rumput dinajisnyaa :( kdg2 cirit sekali 2, 3kli

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi. Saya rawat kucing saya di Sabah Animal Medical Centre di Damai, Kota Kinabalu. Kos rawatan agak tinggi kerana saya ke specialist. Sekali pergi dalam RM120+ termasuk GST.

      Padam

Terima kasih!