Isnin, 20 Jun 2016

New Headphone. Yeaahhh!

Baru-baru masa pergi KL.... seriously tak tau nak shopping apa. Baju raya dah ada... tudung pun dah ada (banyak dapat sponsor dari family). Serunding pun dah ada yang sponsor... apa lagi... pendek kata, tak nak dah pergi membeli lagi sebab keperluan dah lengkap. Lagipun saya bukan jenis shopping sakan. Kalau ada benda yang perlu atau betul-betul saya nak, baru saya akan beli. 

Sebelum balik ke KK, sempat singgah ke LowYat. Mencari gadget menarik. Lastly jumpa satu benda yang saya dah lama nak. Hari tu ingat nak beli di Hong Kong tapi ntah kenapa angin Hafiz tak suruh saya beli pula. Hafiz suruh compare harga di Malaysia dulu. Haisss. Okaylah... tanpa banyak bicara, saya pun dapatkanlah benda yang saya nak tu di LowYat. Headphone!!

Sebenarnya sebelum ni Prof yang ada headphone. Bawa travel dan dengar lagu dalam kapal terbang. Since saya pun banyak travel, baik saya beli satu juga. Tapi yang macam Prof tu punyalah mahal. RM1k+... Tak sanggup....

I trusted Sony punya brand. Yang ni ada warranty setahun. Lagipun saya nak yang tak terlalu besar, senang nak simpan, bunyi tak tembus ke orang lain, sound sedap dan boleh jawab call. So this one sesuai dengan saya la. Harga pun berpatutan. Hanya RM200+. Jangan lupa beli adapter untuk cucuk kat dalam kapal terbang!

Since ada heasphone, rajin pula saya buat kerja di pejabat. Tak dengar orang lain bising, boleh fokus menaip, dan sukahati nak dengar lagu apa. Memang berbaloi la beli. Time tengah tunggu Hafiz nak amik balik kerja pun boleh pakai headphone juga. Time buat kerja rumah pun boleh pasang headphone. Kalau ads extra bass lagi best.

Note - Tak boleh selalu sangat guna headphone ni sebab akan effect pendengaran. Ada satu lecturer medic dulu pernah tegur berkenaan perkara ni. Maklumlah... dulu masa kerja di Sekolah Perubatan pun gemar pakai headphone juga.

After selesai urusan... boleh pergi shopping

Saya pilih color putih. Warna lain yang available termasuk biru, merah, hitam dan gold.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!