Sabtu, 4 Jun 2016

Review : Naruko Peptide Purrty Kitty-Eye Lifting Eye Mask

Selalu banyak kerja dan kurang rehat membuatkan mata saya nampak bengkak a.k.a ada eye bag. Tapi saya mempunyai cara terbaik untuk merawatnya. ^^♡

Salah satu mask kesukaan saya adalah Naruko Peptide Purrty Kitty-Eye Lifting Eye Mask. Boleh dibeli di kedai menjual keperluan diri seperti di Watsons. Harga sekeping mask dalam RM6 (kalau tak salah saya) memang berbaloi dengan hasil selepas menggunakannya. 

Sesuai digunakan sebelum masuk tidur. Gunakanlah selama 15 atau 20 minit (atau lebih) dan anda akan rasai perbezaannya. Mata akan menjadi lebih segar, kurang bengkak malah juga melembapkan kulit. Mask ini juga lebih nipis berbanding mask jenama lain dan rasa lebih ringan ketika menggunakannya. :-)

Selain dari eye mask, Naruko juga mempunyai banyak lagi produk lain seperti serum, body care, toner dan BB cream. 



Taadaa! Senang saja nak pakai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!