Ahad, 26 Jun 2016

Mini Dustbin untuk Kereta

Bukan di rumah sahaja perlu tong sampah. Sekarang dalam kereta pun perlu ada benda ni. Terutama kepada yang rimas tengok kalau kereta penuh sampah, tisu dan plastik. 

Saya pun dah beli satu. Saya tak gemar sangat tengok kereta berselerak dengan sampah. Oleh kerana saya jenis suka makan dalam kereta, bagus juga ada tong sampah mini begini. Selalunya guna plastik sahaja untuk buang sampah. Tapi pemandangan plastik tu tak menarik sangat, jadi saya gantikan dengan mini dust bin. 

Tak mahal pun benda ni. Saya beli baru RM4.50 sahaja di Mr. DIY, 1Borneo. Mana-mana pun ada jual sebenarnya. Lepas ni dah tak rasa semak pemandangan lagi dengan adanya tong sampah mini ni. Tak ada dah nampak tisu merata-rata dibuang di dalam kereta. Arrrgghh! Tak suka!

Terpulang kepada individu sama ada perlukan benda ni atau tak. Untuk orang macam saya yang mudah sakit kepala bila nampak sampah... hehe... memang perlu mini dust bin ni. Sebenarnya banyak manfaat beli benda ni. Yang pastinya, no more sampah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!