Rabu, 1 Jun 2016

Kebun Sayur di Pejabat (Inisiatif Pertanian Bandar)

Selagi ada tanah, manfaatkanlah sebaiknya. Sekarang di bandar pun dah boleh menanam. :-) 

Kami di Jabatan Canselori juga mengambil inisiatif yang sama untuk mewujudkan pertanian bandar. Sekarang ni bermula secara kecil-kecilan dulu. Cukuplah untuk menampung bilangan staf kami yang tak banyak mana. 

Sesi penghargaan...
Thanks to orang kuat kami, Ghani yang sentiasa menjaga tanaman ini dari mula lagi. Tak lupa juga kepada Prof DK dan Prof Shahril untuk support yang kuat bagi menjayakan tanaman ini. Kepada rakan-rakan sejawat yang lain, Wani, Nik, Ramli, Nat, Illani, Mutalib dan lain-lain... thank you atas kerjasama dalam menceriakan kebun ini. Terima kasih tak terhingga kepada Mr. Lee atas sumbangan ilmu pengetahuan dan anak pokok markisa yang sangat subur! Datuk Yap, thank you very much untuk baja organik yang terbaik. Last but not least... terima kasih Tun sebab tanpa Tun... tak ada semangat kami nak jayakan tanaman ni.

Sebenarnya kebun ni adalah hasil usaha dan titik peluh staf Canselori sendiri. Tak ada guna kontraktor atau tenaga buruh luar. Duit yang digunakan juga minimum... hanya untuk beli cangkul dan biji benih. Kalau tanaman ini berjaya, next step akan tambah beberapa plot lagi.

Tanaman bendi. Asalnya biji benih bendi ini disemai di bilik pejabat. Bila dah makin besar, dipindah ke tanah. Begitu juga dengan labu (pokok yang kanan sikit tu).

Kangkung adalah tanaman yang paling cepat tumbuh. Hasilnya boleh dijual

Ini adalah sawi pahit (rendah).

Ini pula adalah sawi manis

Pokok markisa yang kami dapat dari Mr. Lee

Kangkung di dalam tayar terpakai

Hasil tanaman sedia dituai dan dijual kepada staf UMS yang berminat. Hasil untung disimpan untuk rolling modal dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!