Ahad, 5 Jun 2016

Kak Kiah Cake House di Papar

Nak rasa kek yang pelbagai perisa dan dijual dalam bekas yang comel? Jom ke Kak Kiah Cake House yang terletak di pekan Papar. Selain itu, cawangan Kak Kiah Cake House juga dah ada di King Fisher, Kota Kinabalu.

Sebenarnya Kak Kiah Cake House ni sangat popular di Papar. Semua orang Papar pasti tau kedai ni la  Bukan sahaja kek yang dijual ada banyak pilihan perisa dan di adun dalam bekas yang cute, tapi kedai kek ini juga menjual makanan lain seperti lamb pie, curry pie, minuman sejuk dan homemade biscuit.

Tadi sebenarnya baru balik dari kampung tempat Hafiz. Sebelum balik ke rumah, teragak nak beli minuman sejuk. Boleh minum dalam kereta. Jadi Hafiz bawa singgah ke Kak Kiah Cake House. Masa masuk kedai tu ramai pula orang berbaris beli kek dan minuman. Nampak cantik minuman tu disusun dalam botol kaca, pelbagai perisa pula tu. Ada perisa green guava, happy fruit dan macam-macam lagi. Saya pilih green tea lychee. Saya dapat harga sebotol RM6 sahaja (harga promo kot).

Jom ke Kak Kiah Cake House!


Green Tea Lychee. Rasa pahit green tea + manis laici. Sedap!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!