Khamis, 9 Jun 2016

Jun yang Okay 👌

Selamat menyambut Bulan Ramadhan kepada semua yang meraikannya. Bulan ni kerja ada okay sikit berbanding bulan-bulan sebelumnya. Sangat-sangat bersyukur. Balik rumah pun awal (boleh pilih nak balik 0345PM, 0415PM atau 0430PM)bagi laluan kepada yang nak berbuka puasa. Saya amik jam 0415PM tapi selalunya terlajak jugalah. Lebih-lebih lagi kalau bawa kereta sendiri.... confirm la terlajak.

Alhamdulillah di bulan Ramadhan ni... sempat balik rumah untuk berbuka. Menu ala kadar... Beli banyak-banyak pun tak habis juga. Masa sahur tu la masak lauk sikit. Nak senang, malam sebelum tu dah masak. Esok sahur tinggal panaskan lauk... ^^

Tahun ni beraya kat Penang sebab tahun lepas dah beraya di Labuan. Ingat nak pergi jalan-jalan terus after raya. Pergi Kedah ke... Perlis ke... mana-mana tempat la. Tak pernah pergi Perlis lagi. Teringin nak pergi.

By the way, akhirnya saya hantar juga application saya. Mula-mula tu berbelah bahagi. Kejap nak... kejap tak nak. Nak melancong punya pasal, hampir nak tangguhkan dulu untuk hantar permohonan. Tapi bila fikir balik, bila lagi nak aturkan benda ni. Phew! Harap-harap tak ada masalah nanti.

Sekarang kucing saya dah stop makan makanan tin dulu. Saya bagi makan ikan. Kadang-kadang ikan tuna, tenggiri... Yang penting ikan tak banyak tulang. Senang nak ceraikan isinya. Lepas makan confirm Si Hitam dan Si Putih tidur punya. Si Putih ni kalau tidur dah tak peduli apa. Kita bangunkan dia pun, mata layu semacam. Dia tengok kanan kiri... pas tu tidur balik. Perangai tak boleh blah. Si Hitam ada berjaga-jaga sikit. Tak macam Si Putih.

Okaylah. 
Esok nak sahur lagi. 
Tidur dulu. 

Zzzz...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!