Ahad, 5 Jun 2016

Jauhi Diri dari Skim Cepat Kaya

Skim cepat kaya? Dah ramai yang kena tipu... tapi masih ramai juga yang join skim macam ni. Kalau nak tau dengan lebih lanjut list company yang kena blacklist oleh Bank Negara Malaysia, sila ke website BNM segera. Ada beratus-ratus syarikat a.k.a skim cepat kaya yang dah disenarai hitam. Itu baru yang tersenarai, belum lagi yang masih bebas mencari mangsa.

Pun masih lagi ramai yang tertipu. Termakan dengan janji manis. Dapat pulangan tinggi setiap bulan, goyang kaki sahaja... tak perlu kerja then duit masuk dalam akaun. Boleh percaya ke? Tak ada usaha... bagaimana nak dapat duit? Yang sekarang ni pula trend beli pakej VIP la, pakej diamond la apa la. Pas tu ada pula skim yang sambil bayar bil, sambil dapat pulangan tinggi (ada software untuk bayar bil la kononnya. Jadi tak perlu baris panjang di kaunter). Bila kena cek, tak ada pula syarikat-syarikat seperti Astro, TNB dan lain-lain pernah join venture dengan syarikat ni untuk sebarang transaksi pembayaran bil. Lagi satu, selama ni boleh saja bayar bil melalui Maybank2U. Tak perlu la nak kena beli software harga RM21k kan? Nampak sangat permainan kat situ. Yang otak asyik nak dapat duit cepat pun join la skim tu.

Lagi satu, yang mengajak masuk ni pun kebanyakan orang-orang bangsa kita juga. Malu... malu! Kalau nak kaya, usaha! Janganlah berangan duduk fikir duit masuk macam tu sahaja. Tak ada orang dalam dunia ni tiba-tiba jadi kaya macam tu sahaja. 

Bila kita nak mengigatkan si polan supaya stop tipu orang ramai... mulalah si polan kata kita ni dengki kat dia. Kata nak menjatuhkan la apa la. Kesian... duit punya pasal, terbongkar segala perangai buruk. Sanak saudara, rakan-rakan, orang kampung semua habis kena tipu!!

Macam GWGFX, dulu bukan main lagi siap masuk paper. Sekarang dah lingkup. Errhhmmm.... apa lagu skim yang famos? Ha.... Pak Man Telo... tu baru hebat. Berpuluh juta dia tipu duit orang. Akhirnya kena tangkap juga. Kalau kat Sabah famos cerita skim cepat kaya Mirza. Duit kena simpan dalam plastik hitam pun orang lain masih nak join lagi skim ni? Pun dah kena tangkap dah orang tu.
Bila diperhatikan, skim seperti ni semua trademark lebih kurang sama ek? Mesti ada gelaran Dato' atau Dato' Seri, ada PhD, pakai kereta mewah (yang sebenarnya used car atau sewa), tunjuk duit tebal kat dalam Facebook... tak lain tak bukan... orang bangsa kita juga.

Bila dah terbongkar segala-galanya nanti, masa tu la tak ada orang yang nak dekat escpecially orang yang dah kena tipu oleh si polan.

Dulu pernah panggil pihak Bank Negara Malaysia untuk bagi ceramah berkenaan skim cepat kaya. Masa tu tengah hangat satu skim ni. Ramai yang join. Kita nak tolong sedarkan. Tapi sayang, ceramah tu tak ramai sangat yang join. Kepada yang join, syukurlah. At least dah ada langkah berjaga-jaga. 

Saya ingat masa kecil dulu ada keluar iklan di TV berkenaan skim cepat kaya. Madih terngiang-ngiang sampai sekarang. Dah banyak cara nak sedarkan orang ramai. Antara orang yang saya respect adalah bro Luqmanul Hakim. Memang dia berjuang habis-habisan untuk hapuskan skim seperti ni. Dengan support orang ramai, tentu misi ni boleh berjaya. Tapi ada yanh degil. Tak nak ikut cakap. Duit gaji habis dilabur ke skim yang ntah apa-apa.

Sebelum nak join apa-apa yanh melibatkan duit, tengok dulu company profile orang tu. Dah berapa lama ditubuhkan? Ada ke penyata audit? Pulangan bagaimana? Kalau dia kata pulangan 200%... berhati-hatilah.

Jangan terpedaya dengan skim cepat kaya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa-apa skim yang dikhuatiri sebagai skim cepat kaya... jangan segan untuk join group Facebook Ponzi Scheme Alert in Malaysia.

Nah. Untuk pengetahuan anda sedikit sebanyak tentang skim ponzi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!