Isnin, 13 Jun 2016

Happy Anniversary ke-2 ♡ Happy Birthday

Alhamdulillah.... sekali lagi saya dan Hafiz sambut ulangtahun perkahwinan kami . :-) Dan tarikh pada hari ini 13 Jun 2016 juga jatuh pada bulan Ramadhan. Taklah 'sambut' sangat sebenarnya, just ada ucapan selamat ulangtahun perkahwinan dan sedikit surprise. 

Oleh kerana 13hb tak cuti, jadi kami berdua plan amik cuti pada 14hb. Saja nak rehatkan minda. Lagipun di bulan puasa ni best cuti sebenarnya. Feeling skit. Oh ya. Thank you juga kepada Hafiz sebab belikan hadiah untuk saya. Thank you! Thank you! (Saya pula dah bagi hadiah untuk Hafiz awal-awal lagi. So tak perlu bagi lagilah).

Cakap pasal ulangtahun perkahwinan ni kan... sebenarnya saya pun tak sangka dah kahwin dah sekarang. Yalah... dulu duduk dengan family. Now dah ada rumah sendiri, ada life sendiri. Nasiblah dulu time bujang pun rajin buat kerja-kerja rumah. Bila dah ada rumah sendiri (+ tak ada orang gaji), confirmlah kerja rumah tu kena buat, kan? Rutin macam biasalah. Masak, kemas rumah, cuci kain, bersihkan toilet, iron baju bla bla bla. Lagi satu benda yang saya paling pantang... tengok rumah kotor. Jadi setiap hari mesti kena sapu rumah, buang sampah, lap meja dan lain-lain. 

Di bulan puasa ni lagilah selalu masak (kalau bulan lain kurang sikit la...). Sahur confirm masak punya. Nak memikirkan menu tu... saya masak yang simple sahajalah. Jam 10PM macam tu dah masak. Esok sahur tinggal panaskan sahaja lagi. Malam ni masak sup ayam + sayur sawi manis. Sawi tu sedap bila letak kemudian. Esok pagi masa panaskan ayam tu baru masukkan sawi. Kucing pun kena sahur juga. Sekarang Si Hitam baru nak pulih sakit... jadi makanan kena yang raw. Beli ikan then rebuskan. 

Okaylah. Nak tidur dulu. Kena bangun sahur pula lepas ni. ^^ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!