Rabu, 29 Jun 2016

Haiwan di Taiz Zoo Yemen Perlukan Kasih Sayang Anda!

Petang tadi sempat buka website Daily Mail. Tiba-tiba terbaca artikel berkenaan haiwan di Taiz Zoo, Yemen yang sedang kebuluran. Betapa sedihnya tengok keadaan mereka. :-(

Akibat konflik yang berlaku di Yemen, Zoo Taiz kini telah ditinggalkan dan sebanyak 266 ekor haiwan berada dalam keadaan kebuluran dan memerlukan rawatan. Sebanyak 11 singa dan 6 harimau bintang telah mati buat masa ini. Oleh kerana perang sedang meletus, organisasi haiwan masih tidak aktif di kawasan ini. 

Dalam membantu haiwan-haiwan ini, badan NGO iaitu SOS Zoo and Bear Rescue bersedia untuk membantu mereka. Kerana kosnya yang agak mahal, (USD3300/seminggu) mereka ingin memohon pertolongan orang ramai dalam menyumbangkan derma. Derma boleh disumbangkan melalui kad kredit, seberapa banyak jumlah yang anda inginkan!

Untuk maklumat dan sumbangan, boleh terus ke website ini:


 Tak sanggup tengok sekiranya dua ekor anak harimau ini mati kebuluran :'(

Sedihnya tengok keadaan mereka....

Inilah Taiz Zoo di Yemen

Sumbangan derma anda amat diperlukan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!