Rabu, 22 Jun 2016

Berbuka Puasa dengan Shell Out!

Sesi berbuka puasa tahun ni lebih banyak buat di rumah sahaja. Kalau dulu selalu ada jemputan majlis berbuka puasa di hotel. Sekarang al-maklumlah... ehem... ehem... semua nak berjimat.

Walaupun berjimat... tak semestinya buat kat rumah sahaja. Sekali sekala nak juga buka puasa bersama rakan-rakan. Jadi dengan modal sebanyak RM18/person sahaja, kami boleh makan seafood. Kami pilih shell out di Chilli Padi, Alamesra.^^

Nak berbuka kat sini better booking dulu supaya senang nak prepare makanan. Antara menu shell out pada kali ini ialah sotong, ikan, ketam, udang, lokan, sayur serta tambahan bubur + sambal kicap + kurma + nasi putih + sirap. Total hanya RM18 / person sahaja! Berbaloi sangat!. 

Shell out ni best makan ramai-ramai. Rasa macam selera tu datang. Di tambah lagi dengan alas daun pisang... fuh! Wangi terus makanan tu. Tak rugi la try shell out ni. Selain Chilli Padi... ada banyak lagi restoran yang menyediakan menu ini. 


Lazatnyaaa ♡

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!