Selasa, 14 Jun 2016

Aktiviti Memasak Jabatan Canselori Sempena Ramadhan

Akhirnya tertunai juga hajat Prof nak buat aktiviti masak beramai-ramai. Hajat tu dah tertangguh since tahun lepas. Sempena bulan Ramadhan yang mulia, kami memilih tarikh 13 Jun sebagai tarikh keramat untuk aktiviti memasak. Menu istimewa adalah kari ayam dengan ubi kentang (chicken curry with potatoes), kuih jala aneka warna (colourful kuih jala) dan keropok lekor + sos istimewa (lekor chips + special sauce). Ceiiii.... bukan main lagi nama dalam bahasa orang putih.

Sebenarnya aktiviti begini seronok kerana bukan sahaja boleh mengeratkan silaturrahim... tapi boleh tengok skill memasak masing-masing dan kurangkan stress duduk di dalam office. Penat tapi best. Bahagian saya adalah tukang membeli barang (since minggu lepas dah start beli sikit-sikit), tukang kupas dan potong bahan, tukang packing. Yang lain-lain pun ada tugas masing-masing.

Chef cook pula adalah Kak Ardizah a.k.a Bu Jijah. Memang best la. Sedap betul masakan ni. Bawa balik rumah tadi berbuka puasa... Hafiz pun komen kata sedap. Nampak simple, tapi nak ready tu bukan alang-alang. Banyak juga benda nak di buat. Next week cadang nak memasak lagi. Tapi tengok bajet dululah. Kena tunggu sponsor utama $$$. 

Dah start dari tengahari tadi sesi memotong bawang

Memotong ubi kentang. Potong kecil sikit pun sedap. Senang nak makan

Sama gak potong ubi

Mengadun roti jala

Taaaadaaa...! Roti jala hijau

Posing dulu

Ready nak memasak

Suka tengok roti jala pink

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!