Selasa, 10 Mei 2016

Trip to Kuching 2016 - Part 2

Keesokan harinya, awal pagi dah check out, pas tu round pergi cari sarapan. Kalau kat Kuching, kedai kopi tak banyak sangat yang buka. Lastly decide pergi makan di McDonald - 24 jam. Disamping tu boleh terus ke tugu Kuching yang paling famous ni. 

Semalam dah cover ke Sarawak Cultural Village ( + Santubong + Damai), Waterfront, Satok dan jangan lupa ke Sarawak Plaza pergi tengok barangan sukan super murah di Lea Sport Center. Jadi hari berikutnya pergi ke seberang (Kuching Selatan) pergi beli kek lapis Dayang Salhah yang famous. 


Bergambar di tugu Kuching adalah satu kemestian. Rugi tak amik gambar sini kepada yang datang ke Sarawak. Rindu gila tempat ni sebab banyak kenangan masa belajar dulu. Walaupun Crowne Plaza dah digantikan dengan Riverside Majestic dan Holiday Inn pun dah jadi Grand Margharita... tetapi Sarawak tetap menyimpan banyak memori kepada saya. :-)

Inilah Sungai Rajang. Mula-mula nak nak perahu tambang ke seberang, fikir balik.... baik guna kereta since dah menyewa keta, kan? Boleh lalu ikut jambatan kalau nak menyeberang. Cuma jauh sikit la banding naik perahu tambang.

Sanggup pergi ke Kedai Kek Lapis Dayang Salhah. Pilihlah nak kek apa. Murah-murah dan sedap. Boleh terus packing dalam kotak untuk bawa balik naik kapal terbang. Juga boleh buat delivery melalui pos.

Sebelum balik, sempat singgah ke India Street.... di mana kedai menjual barangan yanh super murah. Jersey lengan panjang dry fit boleh dapat harga RM9.90 sahaja. Boleh la kalau nak pakai bersukan ke.... jogging ke... India Street is my all time favorite.


Dah sampai ke airport dan tengah menunggu kapal terbang nak sampai, apa kata try produk aiskrim buatan Malaysia iaitu FeliMio Gelato. Cup kecil harga RM7 dan yang saiz besar harga RM10. For me... taste better than Baskin Robin kerana less sweet. My favorite is Dark Chocolate. So FeliMio Gelato... please jual kat Sabah pula!

P/S - Sarawak mementingkan barangan keluaran mereka sendiri (and proud of it). Banyak produk yang tak ada jual di negeri lain tapi boleh didapati di Sarawak. Negeri ni juga tak ada pendatang asing okay. 

One more... akhirnya berjaya tengok TYT + Toh Puan negeri Sarawak. Ow yeay!
Jangan lupa makan mi kolok!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!