Selasa, 10 Mei 2016

Trip to Kuching 2016 - Part 1

Lamanya tak jejakkan kaki ke Kuching. Paling last sekali tahun 2007 atau 2008 time belajar dulu. Bila datang balik ke sini.... totally berubah semuanya! Banyak shopping complex baharu dah ada, India Street pun dah ada bumbung yang kat tengah-tengah tu (dulu tak ada), bas biru yang old school pun dah tukar kepada bas yang baharu dan banyak lagilah perubahan!

Walaupun trip ni singkat, tapi sangat puas hati. Actually saya bawa staff saya pergi Kuching untuk makan angin. Terlalu lama kerja di dalam office pun tak best. Sometimes kena hirup udara segar juga. Lagipun percutian ni adalah percutian yang super bajet. Jadi okaylah. Berbaloi-baloi. 

Kami amik flight pagi awal, jadi boleh sampai Kuching awal. Flight ke Kuching taklah lama sangat. Hanya satu jam lebih sahaja. Cuaca pun baik, syukur alhamdulillah...

Nak masuk Sarawak boleh guna passport atau IC seperti biasa. Kalau guna passport senang sikit, kalau guna IC... nanti kat imigresen akan dibagi resit. Kena simpan tau resit tu sebab kena kembalikan kalau nak balik ke negeri asal. Untuk nak stay lebih 90 hari, kena buat Passport Perjalanan Terhad. Ala-ala passport international juga tapi warna biru. Dulu buat hanya RM5 sahaja. Sekarang tak tau berapa dah kena cas. 

Ni la pemandangan waktu kami nak ke Kuching. Cantik betul langit. :-)

Haaa.... masa kami pergi Kuching... masa tu terkena pula pilihanraya Sarawak. 7-8 Mei 2016. Mula-mul ingat mesti jalan sesak ni. Tapi syukurlah semua okay. Rasa meriah pula sebab tepi jalan boleh nampak banyak bendera, banting dan banner parti.

Oleh kerana kami pergi sewa kereta, jadi boleh jalan jauh sikit. Tiga tahun kamek blaja di Sarawak, tapi sik pernah masuk Sarawak Cultural Village. Jadi ni la first time pergi ni. Harga tiket sebenar RM60+ (GST), tapi kami amik pakej kereta sewa... so dapat diskaun. Bayar RM55 sahaja. Masa masuk ke dalam, akan diberikan passport ni. Sige sorang. Jadi di mana-mana rumah traditional yang kita dah lawat, jangan lupa cop di dalam passport tau!

Ni antara rumah-rumah traditional di Sarawak Cultural Village. Boleh masuk ke dalam dan buat macam rumah sendiri. Hehehe...

Dalam ni akan ada orang yang buat aktiviti sendiri, contohnya menjual kraftangan.... buat kraftangan, memasak dan lain-lain. Produk tu kalau nak beli pun boleh. Lastly saya try lempeng sagu. Sedap jugalah.

Sempat la selfie.

Dah puas round semua rumah-rumah, kami sempat pergi tengok pertunjukkan kebudayaan. Seronok sangat. Setiap hari akan ada dua sesi iaitu jam 11.30AM dan sesi petang.. jam 2PM kalau tak silap. Rugi kalau tak tengok. Tarian-tarian yang dipertunjukkan memang unik. Dan pastinya terhibur.

Ni salah satu tarian lagi. Suka tengok betapa gemalainya tarian-tarian tradisional Sarawak. Cantik sangat.

Sebelum keluar dari sana, kena amik gambar dulu. By the way, Sarawak Cultural Village terletak di area Santubong. So boleh tengok Gunung Santubong dan Pantai Damai ketika dalam perjalanan ke mari.

Kelaparan punya pasal, kami pergi ke Wisma Satok. Lamanya tak pergi sini. Tapi tak banyak sangat berubah. Kami try restoran yang tak ada kat Sabah. Ayamku Restaurant. Sedap juga BBQ Chicken Rice ni. Boleh tahan.

Dah check in hotel, tak lama lepas tu terus jalan ke area Waterfront. Pergi tengok kraftangan dan barang-barang lain. Hotel pun dekat sahaja dengan Waterfront, jadi senanglah. Jalan kaki dalam 5 minit dah sampai ke destinasi.

Nak ke Grand Merdeka kena lalu kat sini. Cantikkan bangunan ni. Bangunan pos. Sarawak banyak mengekalkan bangunan bersejarah. Nak bergambar kat sini tentunya cantik.

Malam tu makan di Annuar BBQ Steamboat. Harga RM22 seorang dan makanlah sepuas hati. Yang penting habiskan makanan tu. Jangan membazir.

Ni la barisan yang ikut tour ke Sarawak. Hahaha! Rasanya saya boleh jadi tour guide kot. Hari tu pergi Hong Kong pun lebih kurang begini juga. Jalan la di mana rasa nak jalan + cheapest flight ticket and hotel. Berbaloi.

Ni hotel tempat kami menginap. Mana-mana hotel yang ada logo TripAdvisor... don't worry! Tentunya selesa. Walaupun hotel bajet, tapi fasilitinya tetap tip top. Ada TV, water heater, Wi-Fi, aircond dan lain-lain. Nak lebih murah? Travel la guna Air Asia Go.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!