Selasa, 10 Mei 2016

Straight To Da Point!

By the way, bulan ni bersambung-sambung travel. Bayangkan 7-8 Mei pergi Kuching, 9-12 Mei pergi Johor (sekarang di Johor... tengah baring dalam hotel dengan mata yang tak nak tidur) sambung lagi ke KL pada 15- 18 Mei nanti. 27 - 29 Mei kena suruh join masuk hutan pula untuk Merentas Borneo, fikir balik la nak ikut ke tak.

In between tarikh-tarikh berikut.... 19-20 Mei Tun akan mai ke KK... 24-28 Mei pun sama juga. Masa tu gila busy berabis la. Nak pergi Pulau Mengalun lagi 27 Mei ni. Rancak la jadual bulan ni. Patut kena pergi Kelantan lagi 26 Mei tapi nampaknya totally batal la kalau dah big boss datang sini.

Kadang-kadang sesak nafas bila terlalu banyak ke sana sini. Bila semput dah datang... kena slow la pergerakan. Tak boleh express sangat. Entah jadi atau tak nak sambung study kalau gini. Intake September pula tu. Yuran lagi RM1000+ kena bayar untuk setiap semester... due date submit application is on 12th June. Aduhaiii... harap-haraplah sempat. Plus banyak lagi tempat teringin saya nak pergi... macam mana la nak sambung belajar ni. Kerja pun kena utamakan... mana lagi life peribadi... HoHoHo... Walau bagaimanapun, macam ni la baru seronok. :-) Dapat new experiences, tengok-tengok negeri dan negara orang... seterusnya menunaikan impian yang dah lama nak capai.

Tak lama lagi nak puasa dah. Raya tahun ni pula sambut di Penang. Nasib baik la baju kurung tak perlu tempah sebab mum pandai buat baju. Saya lagi tak belajar menjahit. Uhuhuhuuu.... suka tengok orang menjahit tapi bila buat sendiri memang fail. Jahit manik boleh la.

Okaylah. Try nak tidur. Esok kena bangun awal pula. Goodnight!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!