Selasa, 17 Mei 2016

Short Trip to Johor - Hadir Kursus Pengurusan Risiko

Betul-betul non stop fly ke sana sini this month. Start dari Sabah - Sarawak - Sabah. Lepas tu Sabah - Johor - Sabah. Sekarang pula Sabah - Negeri Sembilan - Kuala Lumpur. InShaaAllah next week pula Sabah - Labuan.

Seronok juga dapat pergi jalan-jalan ni. Dapat tengok pemandangan di negeri orang. ^^

Okaylah. Actually nak share sikit pengalaman masa hadir Kursus Pengurusan Risiko yang diadakan di Johor pada 10 - 11 Mei 2016. Walau bagaimanapun, kami dah datang lebih awal... jadi duduk di Johor lama sikit la iaitu pada 9 -12 Mei. 

Jumlah peserta dari UMS semuanya ada tiga orang. Kami duduk di Pulai Spring Resort, Johor kerana tak jauh dari tempat kursus. Cantik resort ni. Ada kolam renang, tempat main golf dan pemandangan yang cantik. Jadi ini adalah bilik yang saya stay untuk beberapa malam.

  
Dek kerana malas nak merayau makan di luar... lastly order makan di bilik sahajalah -_- Mihun goreng, RM29. Tapi okaylah. Rasa pun sedap. Dan wangi semerbak.

Ini pemandangan di luar resort. 

Inilah kursus pengurusan risiko yang kami kena hadir. Akhamdulillah... dulu tak berapa faham sangat tentang risiko tapi selepas kursus ni..  semua dah clear.

Pergi Johor tak sah kalau tak pergi JPO (Johor Premium Outlet). Kat sana boleh beli barangan branded dengan harga lebih murah. Saya pun belikan baju untuk my staff ^^

Next time ingat nak pergi Legoland lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!