Ahad, 22 Mei 2016

Resepi Maggi yang Sedap

Makan mi segera ni paling best la waktu hujan. Time sejuk tu makan makanan yang panas dan berkuah... pastinya best.

Okaylah. Saya nak share resepi mi segera yang sedap.

Bahan-bahan:
  • Mi segera (apa perisa pun boleh). Saya pilih jenama Maggi.
  • Beberapa keping sayur kubis yang telah dikoyak-koyak.
  • Sebiji telur ayam.


Cara-caranya:
  • Rebus air untuk masak mi segera. (Jangan terlalu banyak air).
  • Setelah air mendidih, masukkan mi segera serta perencahnya.
  • Masukkan sayur kubis
  • Masukkan sebiji telur.
  • Setelah mi segera masak, tutupkan api dan tuang ke dalam mangkuk. Untuk mi segera perisa ayam, lebih sedap jika dicampur dengan sedikit serbuk lada putih.
  • Makan ketika panas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!