Sabtu, 28 Mei 2016

Kasut Crocs Yang Paling Tahan Lama

Masa ke Mengalun tu, pakai kasut Crocs sahajalah. Kenapa pakai kasut ni pula?

Ada orang tak suka dengan kasut Crocs ni. Bahaya la, tak stylo la apa la. Tapi apa-apapun, ni la antara my favorite kasut dan yang paling tahan lama sekali. Saya beli kasut ni tak ingat dah tahun bila. Tapi rasanya antara tahun 2007 atau 2008. Beli kat kedai Crocs di 1Borneo (sekarang dah tak ada dah) dengan harga RM199. Plus buttons (hantu. Sebiji RM9.90). Yang button lain-lain tu saya beli yang ciplak sahaja kat pasar malam. Hahaha XD. Itupun dah banyak hilang. Tanggal la, bagi kat orang la....

Masa pergi kelas dulu time belajar, inilah kasut saya. Kenapa saya suka ngan kasut ni?
  1. Tak perlu pakai stoking
  2. Tahan lama. Bayangkan kalau saya beli tahun 2007 atau 2008... sekarang dah tahun 2016. Masih boleh pakai lagi
  3. Selesa. Tak sakit kaki langsung
  4. Cepat kering sebab ianya diperbuat dari getah
  5. Nampak sempoi
  6. Boleh add on buttons
  7. Boleh bawa jogging atau powerwalking (serious!)
  8. Boleh bawa masuk hutan (tapi kalau masuk hutan kena pakai stoking + pastikan tapak masih ada bunga). 
  9. Pendek kata boleh pakai ke mana-mana sahajalah! Dah banyak tempat saya gunakan kasut ni

Tak kisah orang nak kata apa tapi saya suka kasut ni


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!