Rabu, 4 Mei 2016

Hadiah Hari Lahir untuk Lelaki

Berbanding hadiah untuk lelaki dengan perempuan... lagi senang nak cari hadiah untuk perempuan sebenarnya. Set mekap, tudung, handbag, barangan perhiasan, barangan dapur etc... banyak pilihan. Kalau bagi hadiah untuk lelaki ni memang kadang-kadang boleh jadi dilema nak mencari apa benda yang sesuai.

Satu... kebanyakan hadiah untuk lelaki ni biasanya harga lebih mahal, kedua... tak banyak pilihan berbanding hadiah untuk perempuan, ketiga.. sebenarnya tak tau nak bagi apa.

Actually bulan ni birthday Prof (13 Mei) dan bulan depannya pula birthday Hafiz(13 Jun). Mula-mula punyalah susah nak mencari hadiah apa yang sesuai. Takkan benda yang saja tiap tahun. Lastly... dah putuskan nak beli apa benda. Mahal sikit pun tak apalah. Janji berkualiti dan mereka gunakan barang tu.

Okay saya kongsi apa hadiah yang sesuai buat lelaki. Manatau ada yang tak ada idea nak bagi apa...

  • Jam tangan
  • Dompet
  • Tali pinggang
  • Beg
  • Necktie
  • Perfume
  • Baju kemeja
  • Lighter rokok
  • Kasut
  • Sunglasses
  • Topi
  • Pen
  • Gadget (Game, smartphone etc)
  • Barangan berdasarkan hobi dan kegemaran (Buku, rod pancing etc)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!